- peringkat tertinggi menjalankan kegiatan meraka di disko-disko.
- peringkat sederhana iaitu remaja yang mengikut mana-mana lelaki yang datang mengambil mereka dengan kereta.
- peringkat terendah yang dinamakan bohsia motor yang mana gadis tersebut berpeleseran dengan membonceng motor. Berbanding dengan pelacur yang melibatkan diri dalam kancah pelacuran dengan dorongan untuk mendapatkan sumber kewangan. Golongan bohsia ini melakukan seks bukan untuk mendapatkan duit tetapi sebagai satu cara untuk mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka juga mengamalkan prinsip one night stand dengan setiap pasangan mereka dan tidak mahu terikat dengan sebarang ikatan dan komitmen cinta. Bagi ahli baru yang ingin menganggotai satu-satu kumpulan bohsia ini, mereka di mestikan supaya mengikut jejak langkah anggota yang lain dari segi percakapan yang lucah, menghisap rokok, meminum arak dan telah hilang dara. Bahkan mereka beranggapan bahawa mana-mana gadis yang hilang dara itu sebagai status yang tinggi dalam kehidupan moden sekarang..............~kalamDAIE, snshuhada~
iman dan taqwa perisai diri... akhlak dan budi penghias peribadi... "muslimah solehah" itulah title yang di cari... REDHA MU KEMUNCAK IMPIAN KU...
Wednesday, September 22, 2010
JAUHI BOHSIA...NAUZUBILLAH..
"SALAH sebelum BETOL"...
Saturday, April 17, 2010
"Buat Lelaki yang bergelar Suami Dan Bakal Menjadi Suami"
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..
Friday, February 26, 2010
"aku & MIGRAIN, bagai irama & lagu...SALING MELENGKAPI" ;)
penyakit migrain iaitu sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut atau dikatakan juga sebagai gumpalan wap panas di dalam kepala.
Harus diingat, setiap sesuatu yang me-nimpa kita yang tidak kita ingini termasuk penyakit migrain boleh diketegorikan se-bagai musibah. Dalam Islam, setiap musibah kita dianjurkan mengembalikan urusannya kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya, bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innalillahi wa inna ilahi raji’un’. Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q S, 2: 155)
Jika penyakit strok dapat kita misalkan sebagai si ‘abang sulung’, maka penyakit ‘migrain’ adalah si ‘angah’ dan penyakit kepala biasa ialah si ‘bongsu’. Sakit kepala adalah rasa sakit yang terjadi pada beberapa bahagian dari kepala atau seluruh kepala. Rasa sakit yang kuat yang terjadi pada satu kepala, bahasa Arabnya disebut ‘syaqqah’, iaitu migrain.
Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang
tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut.
Migrain biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan tetapi sejauh mana peranannya tidak dapat dipastikan.Wanita sering dikaitkan dgn permasalahan ini terutama semasa kedatangan haid.
Punca lain yg menyebabkan migrain ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yg berlaku pada saraf samaada pd bahagian tengkuk atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan.
Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol,makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein,makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.
Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat,anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:
1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam.
2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:
*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.
Kebanyakan orang yang menghidap migrain juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan. Sesetengah mungkin menghidap lebih 50 tahun dan yang lain mungkin mempunyai migrain notorius, tetapi semua harus mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama jika tidak mendapat pemulihan sepenuhnya. Herba migrain dan sakit kepala THE TOLE boleh membantu.
-aku + migrain-
"snshuada"
"YANG BERGELAR KELUARGA ISLAM"
Konsep keluarga Islam ini sebenarnya berasaskan kepada sifat semula jadi anggota keluarga berkenaan. Sifat semula jadi keluarga tidak dapat difahami tanpa memahami sifat semula jadi anggota keluarga itu sendiri terutamanya ibu bapa dan anak kerana merekalah yang membentuk satu keluarga.
Walau apa pun perbezaan yang wujud pada ketiga-tiga anggota ini, mereka semuanya bersatu pada hakikat ”kemanusiaan”. Nilai kemanusiaan inilah yang menyatukan mereka dan mengurangkan jarak perbezaan antara satu sama lain.
Di dalam Islam, kemanusiaan adalah unsur yang paling tinggi berbanding dengan kejadian Allah s.w.t yang lain. Di sinilah terletaknya perbezaan antara sifat ”kemanusiaan” dengan sifat ”kebinatangan” yang wujud dalam diri manusia.Sifat ”kemanusiaan” menggalakkan manusia agar sentiasa memberi kerana ini merupakan satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sementara sifat kebinatangan pula menyebabkan manusia hanya suka menerima dan tidak akan memberi kecuali terpaksa.
Jelaslah dalam Islam, keluarga perlu dibina berasaskan sifat suka memberi. Ibu memberi kasih sayang, bapa memberi perlindungan dan anak pula memberi keriangan.Serentak dengan prinsip memberi ini lahir pula prinsip menerima. Melalui proses memberi dan menerima inilah keluarga dapat meneruskan kehidupan berkeluarga selaras dengan syariat Islam.
~KeLuaRGa 1~
Keluarga adalah satu komponen yang terdiri daripada gabungan beberapa manusia yang mempunyai hak dan tanggungjawab bersama dalam menetukan halatuju dan kejayaan keluarga itu. Keluarga terbentuk daripada sepasang suami dan isteri (lelaki dan wanita) yang telah disatukan mengikut hukum syarak.
Terdapat dua bentuk utama keluarga berdasarkan komposisinya iaitu keluarga asas dan keluarga meluas. Keluarga asas merujuk kepada keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak sahaja. Manakala keluarga meluas pula adalah yang terdiri daripada suami, isteri, anak-anak dan suadara mara yang lain.
Istilah keluarga dalam Bahasa Arab, disebut sebagai al-Usrah (الأسرة), yang berasaskan kepada kata dasarnya al-Asr (الأسر) yang bererti ikatan. Pada awalnya ia memberi erti ikatan dengan tali pengikat. Bagaimanapun, pengertian itu mempunyai makna yang luas sehingga merangkumi semua jenis ikatan, sama ada yang menggunakan tali atau sebaliknya. Dalam sesetengah keadaan, ikatan ini bersifat tabi’i atau semula jadi dan tidak boleh di rombak lagi. Sebagai contoh sifat semula jadi seseorang seperti tinggi, rendah dan sebagainya.
Namun begitu, Islam melihat ikatan ini lebih bersifat kerehatan dan kedamaian yang diperlukan manusia untuk mengekalkan perbezaan antara sifat hidup manusia dengan sifat hidup binatang.
Keluarga secara umumnya boleh dihuraikan sebagai satu kelompok individu yang hidup di bawah satu bumbung. Bandingannya sama seperti satu bangsa yang hidup dibawah langit yang sama. Begitulah juga dengan keluarga yang terdiri daripadanya golongan-golongan seperti ibu, bapa, anak-anak dan sebagainya.
"snshuhada"
Wednesday, February 10, 2010
::BAITUL MUSLIM (2)::
Raja, peguam, doktor, guru, buruh, petani serta walau siapa pun kita, semua itu hasil penyatuan dua hati dan jiwa antara lelaki dan wanita melalui akad yang suci. Termeterai ikatan dan terpatrilah janji, maka bermulalah pelayaran bahtera rumahtangga atas asas-asas yang murni yang digariskan oleh Islam supaya terbinanya rumahtangga dan keluarga muslim.
Dalam membina keluarga muslim bukan seperti senangnya berkata-kata yang hanya perlu melafazkan tanpa dikenakan apa-apa cas bayaran tetapi memerlukan formula yang paling mujarab bagi memastikan matlamat awal perkahwinan tercapai.
Keunggulan tidak dapat difahami apatah lagi untuk dihayati dalam kehidupan seharian, kecuali apabila dakwah dan tarbiah telah disempurnakan dengan sebaik mungkin. Maka sudah pasti dakwah dan tarbiah ini bermula dari rumah agar anak-anak tidak berada dalam keadaan terbiar atau terdedah dengan pelbagai unsur negatif. Hal yang demikain bukan sahaja dapat membina keluarga muslim malah melahirkan masa depan generasi ummah yang sihat seiring sebagai mata rantai-mata rantai perjuangan Islam.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah perumpamaan usia perkahwianan muda mudi zaman sekarang. Seolah-olah berkahwin untuk bercerai. Statistik 2008 menunujukkan 22289 kes perceraian yang dicatatkan seluruh Malaysia daripada 130314 pendaftaran perkahwianan yang dilakukan.
Lantaran itu langkah segera perlu dilakukan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bahang dan baranya daripada ia terus menjadi api yang akhirnya akan membakar kehidupan bukan sahaja pasangan yang terbabit malah semua orang disekelilingnya.
Adalah menjadi suatu kewajaran yang bukan sementara atau masa terluang tetapi komitmen yang berterusan dan jitu dari kita semua untuk membina keluarga muslim dan rumahtangga syurgawi sebagaimana contoh teladan yang pernah dizahirkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai role model ikutan yang paling ideal sehingga berjaya mencipta komuniti masyarakat rabbani.
Melihat kepada peri pentingnya pembinaan keluarga muslim yang di dalamnya terkandung nilai-nilai iman, bunga-bunga akidah, serta segala gerak kerja yang dilandaskan syariat Islam semata agar berkurangnya masalah rumahtangga. Ini kerana, hampir semua masalah berkaitan seperti gejala sosial remaja berpunca daripada rumah yang tiada mawaddah dan rahmah.
kalam dakwah,
"snshuhada"
Saturday, February 6, 2010
::BAITUL MUSLIM (1)::
Dalam perjalanan hidup insan yang panjang ini, sebelum sampai arah dan destinasi kita negeri akhirat yang abadi, kita singgah di dunia yang sementara untuk mengutip permata sebagai bekalan kita di
Fitrahnya makhluk bergelar manusia ini inginkan cinta, perkahwinan dan seterusnya berkeluarga dalam kehidupan seharian sebagai memenuhi kehendak naluri insaniah. Tanpa perkahwinan dirasakan ada kekosongan pada salah satu jiwa manusia, umpama Nabi Allah Adam a.s yang hidup di syurga dengan mengecapi pelbagai nkmat yang tidak terperi, namun baginda masih merasa kesunyian, hingga Allah menciptakan pasangannya iaitu Hawa, barulah kebahagiaan dapat dirasa sepenuhnya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
Friday, February 5, 2010
- Cintailah seseorang menyintai Allah -
SUATU hari Nabi Muhammad s.a.w melabuhkan kepalanya di riba Aisyah sehingga baginda tertidur.
Ketika Aisyah membelai Nabi, dia amat terharu kerana menjadi isteri manusia paling agung di sisi Allah s.w.t . Terdapat ramai wanita dunia ini, tetapi Aisyah terpilih pasangan hidup Rasulullah s.a.w. Perasaan Aisyah bahagia tidak terkira namun dalam suasana hiba itu Aisyah terkedu bimbang jika nasib malang menimpanya seperti isteri nabi lain kerana di dunia mereka hidup bersama nabi sebagai pasangan suami isteri, tetapi pada hari akhirat suami mereka ke syurga manakala mereka ke neraka. Seperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut yang dirakamkan dalam Surah al-Tahrim ayat 10 antara maksudnya: "Kedua-dua isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut kedua-duanya masuklah ke neraka." Mengingatkan suasana itu, Aisyah bimbang lalu menangis sehingga air matanya jatuh mengalir ke muka Rasulullah yang mulia itu lalu mengejutkan baginda.
Apabila terjaga, baginda terus bertanya kepada A'isyah apa yang terjadi. Aisyah menceritakan hal itu kepada Nabi yang kemudian baginda bersabda yang maksudnya: "Manusia akan lupa segalanya ketika berada pada tiga tempat iaitu ketika menerima catatan amalan, amalan ditimbang dan meniti titian siraatal mustaqim." Daripada cerita dan hadis ini jelas kemesraan rumah tangga yang dipamerkan Rasulullah. Mereka saling sayang menyayangi walaupun kehidupan yang sederhana. Resipi rumah tangga Rasulullah bertitik tolak daripada menyintai Allah. Apabila Allah menjadi rujukan kehidupan maka Allah akan mengatur seluruh kehidupan. Untuk mendapatkan rumah tangga yang rukun, aman dan damai maka ia perlu bermula dengan menyintai Allah.
Justeru, cintailah (cinta Allah) sebelum menyintai seseorang dan bercintalah dengan orang yang dicintai Allah nescaya kita akan mendapat cinta sejati. Kisah itu tidak selesai di situ saja kerana Allah merancang serta berfikir berkenaan kehidupan selepas dunia. Jika kita berehat sambil berborak bersama keluarga di laman rumah, di hadapan televisyen atau di taman, apakah topik perbincangan kita agaknya? Yang biasa kita bicarakan adalah soal makan, minum, seronok, sukan, filem, gosip kemudian ketawa berdekah-dekah.
Semuanya soal dunia dan hendak berseronok saja. Sebenarnya bukan tidak boleh berseronok dan ketawa, tetapi jangan lupa masa depan beragama dan serta dosa silam.
Buat remaja yang suka melepak di tepi jalan dan pusat beli-belah, fikirkan soal mati dan hari akhirat. Jika mahu kebaikan, berkawan dengan mereka yang menyintai Allah. Pilihlah sahabat yang baik budi pekerti dan akhlaknya dan mampu membantu ketika susah dan senang. Ciri-ciri sahabat yang baik adalah:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu bercakap-cakap mereka tak lupa akhirat.
Bersama Ust. Mohd.Zawawi Yusoh (5feb2010)
MANA MILIK KITA??????
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Wednesday, February 3, 2010
...pengguguran janin...
Terdapat dua kategori pengguguran janin:
1. Pengguguran sebelum bernyawa atau sebelum di tiupkan ruh iaitu sebelum 120 hari.
2. Pengguguran selepas bernyawa atau selepas di tiupkan ruh iaitu selepas 120 hari.
Fakta yang berkaitan dengan kandungan janin yang bernyawa atau tidak bernyawa (sebelum 120 hari atau selepas 120 hari) ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:
إن أحدكم يجمع خلقه فى بطن أمه أربعين يوما نطفة, ثم يكون علقة مثل ذلك, ثم يكون مضغة مثل ذلك, ثم ينفخ فيه الروح.
Hukum pengguguran janin sebelum 120 hari:
1) Segolongan para ulama’ (khususnya golongan Hanafiyyah) yang mengharuskan pengguguran kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari sekalipun tanpa sebarang alasan kerana menurut mereka kandungan tersebut masih belum di iktiraf sebagai manusia kerana masih belum ditiupkan ruhnya lagi. Pandangan ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah di atas.
Golongan ini seterusnya menambah bahawa keharusan menggugurkan kandungan pada usia tersebut juga disokong dengan kaedah qiyas iaitu dengan mengqiyaskannya dengan keharusan perlakuan azal yang banyak disebut dalam banyak hadis. Di mana perlakuan azal ini sering dipraktikkan oleh para Sahabat. Azal ialah perlakuan si suami mengalirkan air maninya di luar rahim isteri dengan tujuan mengelakkan kehamilan. Menurut golongan ini lagi, kebenaran perlakuan azal ini adalah sama dengan perlakuan menggugurkan kandungan yang berusia kurang 120 hari kerana kedua-duanya (air mani dan kandungan tersebut) masing-masing di anggap sebagai kehidupan yang tidak bernyawa.
Akan tetapi, pendapat golongan ini telah disanggah oleh ramai ulama’ yang menegaskan bahawa menggugurkan kandungan sekalipun berusia kurang daripada 120 hari tanpa sebarang alasan yang munasabah, adalah tetap haram kerana kita seolah-olahnya mempersia-siakan suatu jasad tanpa sebarang kecacatan atau alasan. Sedangkan ia mempunyai harapan besar untuk hidup menjadi manusia yang normal. Tambahan pula, qiyas terhadp kebenaran melakukan azal juga adalah tidak tepat kerana kedua-dua kes itu (azal dan menggugurkan kandungan) adalah tidak sama kerana azal masih dibenarkan oleh Rasulullah (sekalipun makhruh) disebabkan sperma masih tidak di anggap sebagai suatu hidupan yang sempurna kerana ia sebenarnya sama dengan ovum yang keluar bersama darah haid semasa proses ovulasi. Keadaan sperma ini adalah berlainan sama sekali daripada zigot (fetus) yang membentuk manusia yang terhasil daripada usaha pencantuman dua benih (sperma dan ovum) daripada pasangan suami isteri.
2) Mazhab Syafie pula membahagikan hukum pengguguran janin sebelum tempoh 120 hari kepada dua bahagian iaitu HARAM jika pengguguran tersebut tanpa alasan dan sebab. Manakala pendapat kedua pula mengatakan ia menjadi HARUS apabila jika terdapat alasan yang boleh diterima.
3) Dalil haram tanpa sebab ini berdasarkan kepada:
Pada zaman Rasulullah s.w.t, Muiz al-Ghamidiah telah mengaku berzina. Kemudian baginda menyuruh dia melahirkan anak yang dikandungnya terlebih dahulu dan menyusukan anaknya setelah 2 tahun. Maka selepas itu barulah dijalankan hukum hudud.
kalam fiqh,
"snshuhada"
Tuesday, February 2, 2010
-alQURAn sebagai PEMBIMBING akaL-
Firman Allah s.w.t:
وجعل لكم السمع والأبصر والأفئدة قليلا ما تشكرون(9)
Ertinya: “…Dan Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati(akal) tetapi amat sedikit kamu bersyukur”.
Malah, ada pendapat yang mengatakan bahawa al-Quran ialah kitab akal. Keseluruhannya merupakan seruan yang padu ke arah pembebasan akal daripada lingkarannya yang sempit. Al-Quran dengan pelbagai pendekatannya membawa maksud penyeruan kepada Allah agar menggunakan akal serta menjadikannya sebagai neraca penilaian bagi setiap perkara yang hendak dilakukan.
Namun, walau setajam dan setinggi manapun akal seseorang manusia itu, ia tetap bersifat dangkal, lemah dan sangat terbatas dan tidak berkemampuan untuk mengenal hakikat sebenar sesuatu yang dipelajarinya.
Oleh kerana itu, al-Quran tidak membiarkan akal manusia menerewang tanpa arah kerana banyak simpang siur yang boleh membawa manusia kepada kesesatan. Malah al-Quran telah memberi jalan yang benar asalkan manusia mahu berfikir dengan cara yang betul dengan menggunakan akalnya.
Ramai dikalangan ahli fikir yang mengakui pemikiran Islam turut menjadikan al-Quran sebagai sandaran pendekatan pemikiran mereka. Terdapat banyak ayat al-Quran yang telah dijadikan hujah dalam pendekatan mereka.
Secara umumnya, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi serta fakta-fakta sejarah yang menunjukkan tentang Islam sebagai agama akal. Yang dimaksudkan agama akal ialah, hukum-hukum agama mestilah didasarkan kepada akal dan akal mestilah dijadikan penentu kepada pelbagai masalah, prinsip dan kaedah.
Jawapan seumpama ini kadang-kadang boleh membawa kepada penyelewengan yang akan berakhir dengan akal sebagai pemimpin bukannya agama yang sepatutnya. Justeru itu berlakulah kesongsangan dan penyelewengan dari jalan yang lurus. Sebenarnya hubungan akal dengan agama hendaklah dilihat dari sudut berikut:
1. Agama datang sebagai pembawa hidayah kepada akal dalam perkara-perkara beberapa masalah seperti berikut:
a)Pada perkara-perkara di luar tabi’i iaitu persoalan-persoalan akidah yang khusus mengenai Allah, Rasul, hari akhirat dan tetang ketuhanan yang ghaib (secara umum).
b)Pada persoalan-persoalan akhlak iaitu yang berkaitan dengan kebaikan dan kelebihan yang perlu kepada seseorang untuk menjadi seorang muslim yang salih.
2. Al-Quran diturunkan dan akal mampu memahami ayat-ayat yang jelas dan terang dan akal tidak bertelagah pada ayat-ayat yang ada kesamaran (mutasyabih). Malah dalam al-Quran sendiri banyak ayat-ayat yang mendesak manusia agar bertadabbur dan berfikir secara mendalam akan sesuatu perkara yang Allah jadikan kerana dengan cara itu manusia mampu memperolehi rahsia-rahsia yang terkandung di sebalik setiap perkara tersebut.
Jika seseorang muslim itu menghadapi ayat-ayat yang sukar difahaminya, ia mestilah menyerahkannya kepada Allah kecuali orang yang dibukakan oleh Allah kepadanya melalui ilham sehingga dia dapat mengetahui sesuatu rahsia tetang ayat-ayat yang mempunyai kesamaran itu asalkan ianya tidak bercanggah dengan akal dan prinsipnya.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa al-Quran itu adalah Din al-’aql (agama akal) yang bermakna ia sebagai pembawa hidayah, petunjuk, pemimpin, dan pembimbing kepada akal. Prinsip-prinsip ini boleh difahami oleh akal dengan senang dan mudah. Al-Quran tidak pernah mencanggahi akal dan dalam masa yang sama, akal juga perlu merujuk kepadanya pada setiap perkara. Seseorang yang mendakwa akal itu dapat mencapai semua kebenaran, sebenarnya ia bukanlah orang yang sebenarnya telah menggunakan akal.
kalam dakwah,
"snshuhada"
MASIH ADAKAH SEBUAH KETENANGAN ITU???
kenapa perlu tertekan dengan sesuatu perkara itu? ya, betol ia mengganggu fikiran dan emosi mu. tapi pernahkau dikau terfikir kenapa semua ini terjadi dan apa hikmatnya??? sabarlah duhai hati dengan setiap cubaan dan cabaran itu walaupun jerih dan perit. fikirlah positif terhadap apa yang berlaku di mana semua itu ada hikmah yang bermakna yang telah Allah aturkan dengan sebaiknya...
sebagai pengubat hati mu yang lara dek kesedihan itu, perbanyakkan "ISTIGHFAR", mungkin semua yang terjadi itu adalah balasan di atas dosa2 mu yang lalu. amalkan sentiasa membaca surah al-insyirah agar segala kerja buat mu dipermudahkanNYA. akhirnya pesanan buat diriku yang lupa dan juga sahabat2 semua agar ringankan mulut menyebut kalimah keramat "LA HAULAWALA......." supaya kehilangan sesuatu yang bemakna akan Allah gantikan dengan yang lebih baik insyaallah...
RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL...;)
kalam dakwah,
"snshuhada"
.::Manusia dan Ujian Allah::.
الذي خلق الموت والحيوة ليبوكم ايكم احسن عملا وهو العزيز الغفور
Maksudnya: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat Pengampun (kepada orang yang bertaubat).
Kehidupan insan atau manusia di dunia ini adalah untuk menerima dan menghadapi ujian Allah. Hidup dengan segala kandungannya dan keadaan dan suasananya, dengan segala corak dan warnanya itu adalah ujian Allah. Inilah asas falsafah hidup manusia yang hakiki seperti yang dikehendaki oleh Allah Maha Penciptanya.
Ayat yang umum ini telah dijelaskan secara terperinci oleh al-Quran dalam ayat-ayat ini:
•Segala yang di atas muka bumi adalah hiasan indah untuk menjadi ujian kepada manusia.
•Pangkat dan kedudukan adalah ujian kepada manusia.
•Kesenangan dan kekayaan, atau kesusahan dan kemiskinan adalah ujian kepada manusia.
Berdasarkan kepada hakikat ini maka Allah adalah penguji, manusia adalah yang diuji, dunia ini adalah medan ujiannya, usia hidupnya adalah tempoh masa menjalani ujian, sementara segala kandungan hidup itu pula adalah bahan-bahan atau soalan ujiannya.
Semakin manusia itu tinggi, mulia dan sempurna maka semakin besar dan hebat ujiannya. Demikian seterusnya mengikut kedudukan, pangkat, ilmu dan kemampuan yang dimilikinya.
Ujian Allah kepada manusia bukan sekali-kali untuk merendah dan menghina manusia, sebaliknya ujian Allah pada manusia adalah untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak menguji manusia diluar kemampuannya. Allah menguji manusia demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada dirinya, bahkan disediakan dengan panduan-panduan dan petunjuk Ilahi yang jelas dan sempurna sehingga tidak ada hujah yang boleh dijadikan alasan untuk melepaskan diri daripada hakikat ujian Allah.
Hidup sebagai ujian Allah bukanlah falsafah kemanusiaan yang direka-reka dan diada-adakan oleh daya akal manusia tetapi ia adalah hakikat daripada Maha Pencipta yang menjadi teras dan asas pemikiran kepada kehidupan manusia demi untuk mencapai kesempurnaan hidupnya.
KU cabar KAMU......
Begitulah Islam di ibaratkan
Semakin hari kian terancam
Seinci bergerak, remuk berkecai
Mulianya Islam tapi tak siapa yang mahu menyambutnya
Tiada lagi Abu Bakar yang sentiasa membenarkannya
Tiada lagi Umar khalifah yang digeruni tuk menjaganya
Tiada lagi Uthman hartawan yang dermawan demi tuk memartabatkannya
Tiada lagi manusia sehebat Salehuddin Al-Ayubi
Tiada lagi mujahid mulia seperti Sheikh Ahmad Yassin
Dan...
Tiada lagi hamba yang sanggup berkorban apa saja
demi tuk mentarbiyyah umat
sekudus usaha As-Syahid Hassan Al-banna
wahai para pemuda!!!
Di mana peranan kalian???
Ke arah mana hala tujumu
Bangkitlah wahai para mujahid
Kembalikan Islam ke tempatnya
Adakah kalian lupa Kita pernah berjaya
Menawan seluruh pelosok dunia
Tegarkah kalian dengan hanya berdiam diri
Melihat Islam gugur bagaikan dedaunan kering
Melihat umat seagama mu ditindas, dikeji, dihina
Malah diseksa dengan begitu kejam
Wahai para pemuda!!!
Malulah kalian pada Allah yang memberikan mu
Kekuatan, kebijaksanaan, kesenangan
Supaya kalian menjadi mata rantai-mata rantai perjuangan Islam
"snshuhada"