Stress dapat dilihat melalui pelbagai cara. Menurut Harris (1987), orang yang mengalami stress melaporkan mereka berasa bertambah takut, risau dan tegang. Seterusnya, terdapat pula orang yang mengalami sakit kepala akibat stress. Cara lain bagi menunujukkan stress ialah melalui tingkah laku marah dan sentiasa tidak kena dengan orang lain. Bagi sesetengah orang, stress menyebabkan mereka berasa letih, dan ada pula yang menyebabkan mereka menjadi murung. Petanda-petanda lain stress termasuklah sakit otot, sakit perut, berasa terganggu, tidak boleh tidur malam, tekanan darah tinggi, hilang selera makan atau makan terlalu banyak, berasa kecewa, menangis, menengking dan menjerit
kenapa perlu tertekan dengan sesuatu perkara itu? ya, betol ia mengganggu fikiran dan emosi mu. tapi pernahkau dikau terfikir kenapa semua ini terjadi dan apa hikmatnya??? sabarlah duhai hati dengan setiap cubaan dan cabaran itu walaupun jerih dan perit. fikirlah positif terhadap apa yang berlaku di mana semua itu ada hikmah yang bermakna yang telah Allah aturkan dengan sebaiknya...
sebagai pengubat hati mu yang lara dek kesedihan itu, perbanyakkan "ISTIGHFAR", mungkin semua yang terjadi itu adalah balasan di atas dosa2 mu yang lalu. amalkan sentiasa membaca surah al-insyirah agar segala kerja buat mu dipermudahkanNYA. akhirnya pesanan buat diriku yang lupa dan juga sahabat2 semua agar ringankan mulut menyebut kalimah keramat "LA HAULAWALA......." supaya kehilangan sesuatu yang bemakna akan Allah gantikan dengan yang lebih baik insyaallah...
RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL...;)
kalam dakwah,
"snshuhada"
No comments:
Post a Comment