Friday, February 26, 2010

"YANG BERGELAR KELUARGA ISLAM"

Konsep keluarga Islam ini sebenarnya berasaskan kepada sifat semula jadi anggota keluarga berkenaan. Sifat semula jadi keluarga tidak dapat difahami tanpa memahami sifat semula jadi anggota keluarga itu sendiri terutamanya ibu bapa dan anak kerana merekalah yang membentuk satu keluarga.

Walau apa pun perbezaan yang wujud pada ketiga-tiga anggota ini, mereka semuanya bersatu pada hakikat ”kemanusiaan”. Nilai kemanusiaan inilah yang menyatukan mereka dan mengurangkan jarak perbezaan antara satu sama lain.

Di dalam Islam, kemanusiaan adalah unsur yang paling tinggi berbanding dengan kejadian Allah s.w.t yang lain. Di sinilah terletaknya perbezaan antara sifat ”kemanusiaan” dengan sifat ”kebinatangan” yang wujud dalam diri manusia.Sifat ”kemanusiaan” menggalakkan manusia agar sentiasa memberi kerana ini merupakan satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sementara sifat kebinatangan pula menyebabkan manusia hanya suka menerima dan tidak akan memberi kecuali terpaksa.

Jelaslah dalam Islam, keluarga perlu dibina berasaskan sifat suka memberi. Ibu memberi kasih sayang, bapa memberi perlindungan dan anak pula memberi keriangan.Serentak dengan prinsip memberi ini lahir pula prinsip menerima. Melalui proses memberi dan menerima inilah keluarga dapat meneruskan kehidupan berkeluarga selaras dengan syariat Islam.


-kalam dai'e-
"snshuhada"


No comments:

Post a Comment