Saturday, February 6, 2010

::BAITUL MUSLIM (1)::

Dalam perjalanan hidup insan yang panjang ini, sebelum sampai arah dan destinasi kita negeri akhirat yang abadi, kita singgah di dunia yang sementara untuk mengutip permata sebagai bekalan kita di sana.

Fitrahnya makhluk bergelar manusia ini inginkan cinta, perkahwinan dan seterusnya berkeluarga dalam kehidupan seharian sebagai memenuhi kehendak naluri insaniah. Tanpa perkahwinan dirasakan ada kekosongan pada salah satu jiwa manusia, umpama Nabi Allah Adam a.s yang hidup di syurga dengan mengecapi pelbagai nkmat yang tidak terperi, namun baginda masih merasa kesunyian, hingga Allah menciptakan pasangannya iaitu Hawa, barulah kebahagiaan dapat dirasa sepenuhnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

Surah al-Ruum (30) : 21


kalam dakwah, "snshuhada"

No comments:

Post a Comment