Wednesday, September 22, 2010

JAUHI BOHSIA...NAUZUBILLAH..


"Bohsia".
Istilah bohsia berasal daripada bahasa Hokkien yang bererti ”senyap, sunyi dan diam-diam”. Apa yang dimaksudkan ialah ada orang tetapi tidak bercakap. Dari segi istilah ia adalah satu kegiatan di mana ada satu kumpulan atau beberapa orang wanita muda, pelajar lepasan sekolah yang berusia belasan tahun atau awal dua puluhan berada di tempat gelap dan sunyi. Kemudian datang lelaki membawa dan mengambil mereka ke suatu tempat tertentu secara diam-diam untuk tujuan maksiat dan mungkin mengadakan perhubungan jenis luar nikah. Bohsia juga diistilahkan sebagai ”tiada gunanya lagi”, mungkin disebabkan mereka bebas di bawa ke mana sahaja. Ada juga yang mengatakan ”anak ibu” iaitu anak di bawah umur atau disebut juga ”anak rewang”. Mereka merupakan golongan remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun yang mengamalkan seks bebas untuk tujuan keseronokan.

Jenis-jenis bohsia:
Terdapat dua jenis bohsia yang dapat dijelaskan seperti berikut:
1.      remaja bawah umur yang lari dari rumah dan menumpukan masa sepenuhnya dengan amalan seks bebas.
2.      remaja bawah umur yang masih tinggal dengan keluarga mereka dan hanya akan keluar berfoya-foya pada hujung minggu di beberapa tempat tertentu terutamanya di ibu kota.

Manakala gadis bohsia pula boleh dikategorikan seperti berikut:
  1. peringkat tertinggi menjalankan kegiatan meraka di disko-disko.
  2. peringkat sederhana iaitu remaja yang mengikut mana-mana lelaki yang datang mengambil mereka dengan kereta.
  3. peringkat terendah yang dinamakan bohsia motor yang mana gadis tersebut berpeleseran dengan membonceng motor. Berbanding dengan pelacur yang melibatkan diri dalam kancah pelacuran dengan dorongan untuk mendapatkan sumber kewangan. Golongan bohsia ini melakukan seks bukan untuk mendapatkan duit tetapi sebagai satu cara untuk mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka juga mengamalkan prinsip one night stand dengan setiap pasangan mereka dan tidak mahu terikat dengan sebarang ikatan dan komitmen cinta. Bagi ahli baru yang ingin menganggotai satu-satu kumpulan bohsia ini, mereka di mestikan supaya mengikut jejak langkah anggota yang lain dari segi percakapan yang lucah, menghisap rokok, meminum arak dan telah hilang dara. Bahkan mereka beranggapan bahawa mana-mana gadis yang hilang dara itu sebagai status yang tinggi dalam kehidupan moden sekarang..............~kalamDAIE, snshuhada~

No comments:

Post a Comment