Wednesday, September 22, 2010

JAUHI BOHSIA...NAUZUBILLAH..


"Bohsia".
Istilah bohsia berasal daripada bahasa Hokkien yang bererti ”senyap, sunyi dan diam-diam”. Apa yang dimaksudkan ialah ada orang tetapi tidak bercakap. Dari segi istilah ia adalah satu kegiatan di mana ada satu kumpulan atau beberapa orang wanita muda, pelajar lepasan sekolah yang berusia belasan tahun atau awal dua puluhan berada di tempat gelap dan sunyi. Kemudian datang lelaki membawa dan mengambil mereka ke suatu tempat tertentu secara diam-diam untuk tujuan maksiat dan mungkin mengadakan perhubungan jenis luar nikah. Bohsia juga diistilahkan sebagai ”tiada gunanya lagi”, mungkin disebabkan mereka bebas di bawa ke mana sahaja. Ada juga yang mengatakan ”anak ibu” iaitu anak di bawah umur atau disebut juga ”anak rewang”. Mereka merupakan golongan remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun yang mengamalkan seks bebas untuk tujuan keseronokan.

Jenis-jenis bohsia:
Terdapat dua jenis bohsia yang dapat dijelaskan seperti berikut:
1.      remaja bawah umur yang lari dari rumah dan menumpukan masa sepenuhnya dengan amalan seks bebas.
2.      remaja bawah umur yang masih tinggal dengan keluarga mereka dan hanya akan keluar berfoya-foya pada hujung minggu di beberapa tempat tertentu terutamanya di ibu kota.

Manakala gadis bohsia pula boleh dikategorikan seperti berikut:
  1. peringkat tertinggi menjalankan kegiatan meraka di disko-disko.
  2. peringkat sederhana iaitu remaja yang mengikut mana-mana lelaki yang datang mengambil mereka dengan kereta.
  3. peringkat terendah yang dinamakan bohsia motor yang mana gadis tersebut berpeleseran dengan membonceng motor. Berbanding dengan pelacur yang melibatkan diri dalam kancah pelacuran dengan dorongan untuk mendapatkan sumber kewangan. Golongan bohsia ini melakukan seks bukan untuk mendapatkan duit tetapi sebagai satu cara untuk mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka juga mengamalkan prinsip one night stand dengan setiap pasangan mereka dan tidak mahu terikat dengan sebarang ikatan dan komitmen cinta. Bagi ahli baru yang ingin menganggotai satu-satu kumpulan bohsia ini, mereka di mestikan supaya mengikut jejak langkah anggota yang lain dari segi percakapan yang lucah, menghisap rokok, meminum arak dan telah hilang dara. Bahkan mereka beranggapan bahawa mana-mana gadis yang hilang dara itu sebagai status yang tinggi dalam kehidupan moden sekarang..............~kalamDAIE, snshuhada~

"SALAH sebelum BETOL"...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Saturday, April 17, 2010

"Buat Lelaki yang bergelar Suami Dan Bakal Menjadi Suami"


Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….


Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…


Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..


kalam ingatan,
~snshuhada~ 

Friday, February 26, 2010

"aku & MIGRAIN, bagai irama & lagu...SALING MELENGKAPI" ;)

ya KARIIM... minggu ni saja 3kali daku di ziarahi migrain, si kekasih hatiku... huhu... habes ubat tahan sakit di telan...

penyakit migrain iaitu sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut atau dikatakan juga sebagai gumpalan wap panas di dalam kepala.

Harus diingat, setiap sesuatu yang me-nimpa kita yang tidak kita ingini termasuk penyakit migrain boleh diketegorikan se-bagai musibah. Dalam Islam, setiap musibah kita dianjurkan mengembalikan urusannya kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya, bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innalillahi wa inna ilahi raji’un’. Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q S, 2: 155)

Jika penyakit strok dapat kita misalkan sebagai si ‘abang sulung’, maka penyakit ‘migrain’ adalah si ‘angah’ dan penyakit kepala biasa ialah si ‘bongsu’. Sakit kepala adalah rasa sakit yang terjadi pada beberapa bahagian dari kepala atau seluruh kepala. Rasa sakit yang kuat yang terjadi pada satu kepala, bahasa Arabnya disebut ‘syaqqah’, iaitu migrain.

Apakah itu Migrain?-Rawatan Migrain

Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang
tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut.

Rawatan Migrain/Sakit Kepala

Migrain biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan tetapi sejauh mana peranannya tidak dapat dipastikan.Wanita sering dikaitkan dgn permasalahan ini terutama semasa kedatangan haid.

Punca lain yg menyebabkan migrain ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yg berlaku pada saraf samaada pd bahagian tengkuk atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan.

Diagnosis tentang Migrain-Rawatan Migrain

Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol,makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein,makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.

Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat,anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:

1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam.

2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:

*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.

Kebanyakan orang yang menghidap migrain juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan. Sesetengah mungkin menghidap lebih 50 tahun dan yang lain mungkin mempunyai migrain notorius, tetapi semua harus mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama jika tidak mendapat pemulihan sepenuhnya. Herba migrain dan sakit kepala THE TOLE boleh membantu.


-aku + migrain-

"snshuada"

"YANG BERGELAR KELUARGA ISLAM"

Konsep keluarga Islam ini sebenarnya berasaskan kepada sifat semula jadi anggota keluarga berkenaan. Sifat semula jadi keluarga tidak dapat difahami tanpa memahami sifat semula jadi anggota keluarga itu sendiri terutamanya ibu bapa dan anak kerana merekalah yang membentuk satu keluarga.

Walau apa pun perbezaan yang wujud pada ketiga-tiga anggota ini, mereka semuanya bersatu pada hakikat ”kemanusiaan”. Nilai kemanusiaan inilah yang menyatukan mereka dan mengurangkan jarak perbezaan antara satu sama lain.

Di dalam Islam, kemanusiaan adalah unsur yang paling tinggi berbanding dengan kejadian Allah s.w.t yang lain. Di sinilah terletaknya perbezaan antara sifat ”kemanusiaan” dengan sifat ”kebinatangan” yang wujud dalam diri manusia.Sifat ”kemanusiaan” menggalakkan manusia agar sentiasa memberi kerana ini merupakan satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sementara sifat kebinatangan pula menyebabkan manusia hanya suka menerima dan tidak akan memberi kecuali terpaksa.

Jelaslah dalam Islam, keluarga perlu dibina berasaskan sifat suka memberi. Ibu memberi kasih sayang, bapa memberi perlindungan dan anak pula memberi keriangan.Serentak dengan prinsip memberi ini lahir pula prinsip menerima. Melalui proses memberi dan menerima inilah keluarga dapat meneruskan kehidupan berkeluarga selaras dengan syariat Islam.


-kalam dai'e-
"snshuhada"


~KeLuaRGa 1~

Keluarga adalah satu komponen yang terdiri daripada gabungan beberapa manusia yang mempunyai hak dan tanggungjawab bersama dalam menetukan halatuju dan kejayaan keluarga itu. Keluarga terbentuk daripada sepasang suami dan isteri (lelaki dan wanita) yang telah disatukan mengikut hukum syarak.

Terdapat dua bentuk utama keluarga berdasarkan komposisinya iaitu keluarga asas dan keluarga meluas. Keluarga asas merujuk kepada keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak sahaja. Manakala keluarga meluas pula adalah yang terdiri daripada suami, isteri, anak-anak dan suadara mara yang lain.

Istilah keluarga dalam Bahasa Arab, disebut sebagai al-Usrah (الأسرة), yang berasaskan kepada kata dasarnya al-Asr (الأسر) yang bererti ikatan. Pada awalnya ia memberi erti ikatan dengan tali pengikat. Bagaimanapun, pengertian itu mempunyai makna yang luas sehingga merangkumi semua jenis ikatan, sama ada yang menggunakan tali atau sebaliknya. Dalam sesetengah keadaan, ikatan ini bersifat tabi’i atau semula jadi dan tidak boleh di rombak lagi. Sebagai contoh sifat semula jadi seseorang seperti tinggi, rendah dan sebagainya.

Namun begitu, Islam melihat ikatan ini lebih bersifat kerehatan dan kedamaian yang diperlukan manusia untuk mengekalkan perbezaan antara sifat hidup manusia dengan sifat hidup binatang.

Keluarga secara umumnya boleh dihuraikan sebagai satu kelompok individu yang hidup di bawah satu bumbung. Bandingannya sama seperti satu bangsa yang hidup dibawah langit yang sama. Begitulah juga dengan keluarga yang terdiri daripadanya golongan-golongan seperti ibu, bapa, anak-anak dan sebagainya.

::kalam dakwah::
"snshuhada"

Wednesday, February 10, 2010

::BAITUL MUSLIM (2)::

Raja, peguam, doktor, guru, buruh, petani serta walau siapa pun kita, semua itu hasil penyatuan dua hati dan jiwa antara lelaki dan wanita melalui akad yang suci. Termeterai ikatan dan terpatrilah janji, maka bermulalah pelayaran bahtera rumahtangga atas asas-asas yang murni yang digariskan oleh Islam supaya terbinanya rumahtangga dan keluarga muslim.

Dalam membina keluarga muslim bukan seperti senangnya berkata-kata yang hanya perlu melafazkan tanpa dikenakan apa-apa cas bayaran tetapi memerlukan formula yang paling mujarab bagi memastikan matlamat awal perkahwinan tercapai.

Keunggulan tidak dapat difahami apatah lagi untuk dihayati dalam kehidupan seharian, kecuali apabila dakwah dan tarbiah telah disempurnakan dengan sebaik mungkin. Maka sudah pasti dakwah dan tarbiah ini bermula dari rumah agar anak-anak tidak berada dalam keadaan terbiar atau terdedah dengan pelbagai unsur negatif. Hal yang demikain bukan sahaja dapat membina keluarga muslim malah melahirkan masa depan generasi ummah yang sihat seiring sebagai mata rantai-mata rantai perjuangan Islam.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah perumpamaan usia perkahwianan muda mudi zaman sekarang. Seolah-olah berkahwin untuk bercerai. Statistik 2008 menunujukkan 22289 kes perceraian yang dicatatkan seluruh Malaysia daripada 130314 pendaftaran perkahwianan yang dilakukan.

Lantaran itu langkah segera perlu dilakukan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bahang dan baranya daripada ia terus menjadi api yang akhirnya akan membakar kehidupan bukan sahaja pasangan yang terbabit malah semua orang disekelilingnya.

Adalah menjadi suatu kewajaran yang bukan sementara atau masa terluang tetapi komitmen yang berterusan dan jitu dari kita semua untuk membina keluarga muslim dan rumahtangga syurgawi sebagaimana contoh teladan yang pernah dizahirkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai role model ikutan yang paling ideal sehingga berjaya mencipta komuniti masyarakat rabbani.

Melihat kepada peri pentingnya pembinaan keluarga muslim yang di dalamnya terkandung nilai-nilai iman, bunga-bunga akidah, serta segala gerak kerja yang dilandaskan syariat Islam semata agar berkurangnya masalah rumahtangga. Ini kerana, hampir semua masalah berkaitan seperti gejala sosial remaja berpunca daripada rumah yang tiada mawaddah dan rahmah.

kalam dakwah,

"snshuhada"