Friday, February 26, 2010

~KeLuaRGa 1~

Keluarga adalah satu komponen yang terdiri daripada gabungan beberapa manusia yang mempunyai hak dan tanggungjawab bersama dalam menetukan halatuju dan kejayaan keluarga itu. Keluarga terbentuk daripada sepasang suami dan isteri (lelaki dan wanita) yang telah disatukan mengikut hukum syarak.

Terdapat dua bentuk utama keluarga berdasarkan komposisinya iaitu keluarga asas dan keluarga meluas. Keluarga asas merujuk kepada keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak sahaja. Manakala keluarga meluas pula adalah yang terdiri daripada suami, isteri, anak-anak dan suadara mara yang lain.

Istilah keluarga dalam Bahasa Arab, disebut sebagai al-Usrah (الأسرة), yang berasaskan kepada kata dasarnya al-Asr (الأسر) yang bererti ikatan. Pada awalnya ia memberi erti ikatan dengan tali pengikat. Bagaimanapun, pengertian itu mempunyai makna yang luas sehingga merangkumi semua jenis ikatan, sama ada yang menggunakan tali atau sebaliknya. Dalam sesetengah keadaan, ikatan ini bersifat tabi’i atau semula jadi dan tidak boleh di rombak lagi. Sebagai contoh sifat semula jadi seseorang seperti tinggi, rendah dan sebagainya.

Namun begitu, Islam melihat ikatan ini lebih bersifat kerehatan dan kedamaian yang diperlukan manusia untuk mengekalkan perbezaan antara sifat hidup manusia dengan sifat hidup binatang.

Keluarga secara umumnya boleh dihuraikan sebagai satu kelompok individu yang hidup di bawah satu bumbung. Bandingannya sama seperti satu bangsa yang hidup dibawah langit yang sama. Begitulah juga dengan keluarga yang terdiri daripadanya golongan-golongan seperti ibu, bapa, anak-anak dan sebagainya.

::kalam dakwah::
"snshuhada"

No comments:

Post a Comment