Terdapat dua kategori pengguguran janin:
1. Pengguguran sebelum bernyawa atau sebelum di tiupkan ruh iaitu sebelum 120 hari.
2. Pengguguran selepas bernyawa atau selepas di tiupkan ruh iaitu selepas 120 hari.
Fakta yang berkaitan dengan kandungan janin yang bernyawa atau tidak bernyawa (sebelum 120 hari atau selepas 120 hari) ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:
إن أحدكم يجمع خلقه فى بطن أمه أربعين يوما نطفة, ثم يكون علقة مثل ذلك, ثم يكون مضغة مثل ذلك, ثم ينفخ فيه الروح.
Hukum pengguguran janin sebelum 120 hari:
1) Segolongan para ulama’ (khususnya golongan Hanafiyyah) yang mengharuskan pengguguran kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari sekalipun tanpa sebarang alasan kerana menurut mereka kandungan tersebut masih belum di iktiraf sebagai manusia kerana masih belum ditiupkan ruhnya lagi. Pandangan ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah di atas.
Golongan ini seterusnya menambah bahawa keharusan menggugurkan kandungan pada usia tersebut juga disokong dengan kaedah qiyas iaitu dengan mengqiyaskannya dengan keharusan perlakuan azal yang banyak disebut dalam banyak hadis. Di mana perlakuan azal ini sering dipraktikkan oleh para Sahabat. Azal ialah perlakuan si suami mengalirkan air maninya di luar rahim isteri dengan tujuan mengelakkan kehamilan. Menurut golongan ini lagi, kebenaran perlakuan azal ini adalah sama dengan perlakuan menggugurkan kandungan yang berusia kurang 120 hari kerana kedua-duanya (air mani dan kandungan tersebut) masing-masing di anggap sebagai kehidupan yang tidak bernyawa.
Akan tetapi, pendapat golongan ini telah disanggah oleh ramai ulama’ yang menegaskan bahawa menggugurkan kandungan sekalipun berusia kurang daripada 120 hari tanpa sebarang alasan yang munasabah, adalah tetap haram kerana kita seolah-olahnya mempersia-siakan suatu jasad tanpa sebarang kecacatan atau alasan. Sedangkan ia mempunyai harapan besar untuk hidup menjadi manusia yang normal. Tambahan pula, qiyas terhadp kebenaran melakukan azal juga adalah tidak tepat kerana kedua-dua kes itu (azal dan menggugurkan kandungan) adalah tidak sama kerana azal masih dibenarkan oleh Rasulullah (sekalipun makhruh) disebabkan sperma masih tidak di anggap sebagai suatu hidupan yang sempurna kerana ia sebenarnya sama dengan ovum yang keluar bersama darah haid semasa proses ovulasi. Keadaan sperma ini adalah berlainan sama sekali daripada zigot (fetus) yang membentuk manusia yang terhasil daripada usaha pencantuman dua benih (sperma dan ovum) daripada pasangan suami isteri.
2) Mazhab Syafie pula membahagikan hukum pengguguran janin sebelum tempoh 120 hari kepada dua bahagian iaitu HARAM jika pengguguran tersebut tanpa alasan dan sebab. Manakala pendapat kedua pula mengatakan ia menjadi HARUS apabila jika terdapat alasan yang boleh diterima.
3) Dalil haram tanpa sebab ini berdasarkan kepada:
Pada zaman Rasulullah s.w.t, Muiz al-Ghamidiah telah mengaku berzina. Kemudian baginda menyuruh dia melahirkan anak yang dikandungnya terlebih dahulu dan menyusukan anaknya setelah 2 tahun. Maka selepas itu barulah dijalankan hukum hudud.
kalam fiqh,
"snshuhada"
No comments:
Post a Comment