Saturday, August 8, 2009

JANGANLAH MUDAH BERPUTUS ASA DAN BERHENTI BERJUANG.

Perbanyakkanlah mengucapkan ”La haula wala quwwata illa billah” (Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah). Diulang-ulangnya kalimat agung itu, kalimat yang menjadi salah satu dari harta simpanan di syurga.

Beramallah dengan, ”La haula wala quwwata illa billah”. Kalimat tersebut kalimat agung yang menyimpan rahsia kebahagiaan dan kemenangan. Perbayaklah membacanya. Buanglah segala kesedihan, kekalutan, kerisauan dengan membacanya. Bergembiralah dengan kegembiraan dari Allah. Jangan anda putus harapan atau mengalami kegagalan. Tidak ada kesusahan kecuali beriringan dengan kemudahan.

Janganlah menjadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan, kerana dengan berbuat begitu bermakna anda telah menjadikan hal tersebut sebagai penghalang untuk mencapai kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment