iman dan taqwa perisai diri... akhlak dan budi penghias peribadi... "muslimah solehah" itulah title yang di cari... REDHA MU KEMUNCAK IMPIAN KU...
Saturday, August 8, 2009
"SaYaNG"
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan dijabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh? " pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg?" terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk kekantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"
Di bawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran westernfood, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke
mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!
Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhan nya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupan nya
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan Zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dai pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk di langit dan bumi
Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda
Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk “putera puteri ku”
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuangan ku di belakang hari
Sesungguhnya,
Perempuan yang selalu
Berada di dalam diriku
Adalah engkau isteri ku
wanita...
Wanita itu ibarat permata
Yang sangat berharga…
Jika di gilap dengan iman...
Di cuci dengan taqwa...
Di basuh dengan al-Quran...
Tentu permata ini menjadi sinar
Yang bakal menerangi setiap orang disisinya
Dan...
Sudah tentu setiap apa yang dilakukannya akan
Diikuti, diperhati dan dicontohi selalu...
Juga...
Ingatlah bahawa setiap amalan baik yang
Kita lakukan yang diikuti dan dicontohi orang lain
Akan berlipat gandalah pahala
Tetapi...
Janganlah dilupai bahawa hanya sebaik-baik
Wanita sahaja akan dikurniakan darjat sebegitu...
Jangan lupa...
Sebaik-baik wanita itu adalah wanita solehah
JANGANLAH MUDAH BERPUTUS ASA DAN BERHENTI BERJUANG.
Perbanyakkanlah mengucapkan ”La haula wala quwwata illa billah” (Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah). Diulang-ulangnya kalimat agung itu, kalimat yang menjadi salah satu dari harta simpanan di syurga.
Beramallah dengan, ”La haula wala quwwata illa billah”. Kalimat tersebut kalimat agung yang menyimpan rahsia kebahagiaan dan kemenangan. Perbayaklah membacanya. Buanglah segala kesedihan, kekalutan, kerisauan dengan membacanya. Bergembiralah dengan kegembiraan dari Allah. Jangan anda putus harapan atau mengalami kegagalan. Tidak ada kesusahan kecuali beriringan dengan kemudahan.
Janganlah menjadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hal yang penting untuk diperkatakan, kerana dengan berbuat begitu bermakna anda telah menjadikan hal tersebut sebagai penghalang untuk mencapai kebahagiaan.
Jadilah wanita yang paling bertuah di dunia.
Keayuan semula jadimu, wahai saudaraku, sebenarnya lebih baik daripada matahari. Sedangkan kewangian budi pekertimu, anda lebih wangi daripada minyak kesturi. Dengan kerendahan hatimu, anda lebih tinggi daripada bulan. Dan dengan kelembutanmu, anda lebih halus daripada hujan renyai-renyai. Kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan, kerelaanmu serta iffah dan maruah.
Oleh itu, wahai saudariku, perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak, tetapi solat dua rakaat menjelang Subuh, dahaga mu di tengahari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui Allah, airmata taubat, sujud yang panjang di atas sejadah, dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan. Pakilah pakaian taqwa, anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia, sekalipun bajumu koyak. Kenakanlah mental kesantunanmu, supaya anda menjadi wanita tercantik di dunia meskipun anda berjalan berkaki ayam.
”SEINDAH PERTEMUAN, SEMEKAR TAUTAN HATI”
Selesai sahaja peperiksaan SPM pada 13 Disember 2004, itulah perkara yang ditunggu-tunggu. Saat ini diibaratkan seperti merdeka dan sudah bebas. Tetapi kegembiraan itu tidak lama, tiba-tiba saya dirundum kesedihan yang amat sangat apabila menerima surat yang meminta saya mendaftarkan diri ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Hati ini cukup hiba sehingga seminggu sebelum melapor diri saya menangis yang amat sangat sehingga mogok tidak mahu makan dan bercakap dengan sesiapa pun.
Akhirnya, hari mendaftar tiba juga. Saya pergi dalam keadaan sedih dan kecewa. Hari-hari yang saya lalui di kem dengan sedih dan kecewa hingga menyebabkan saya jatuh sakit dan dimasukkan ke wad. Kemudian, perasaan saya sedikit gembira dan ceria apabila saya mula rapat dengan semua jurulatih dan tanpa disangka-sangka rupa-rupanya saya dikenali oleh semua pelatih-pelatih di kem tersebut. Ini kerana saya lah satu-satunya pelatih yang bertudung labuh dan saya tetap dengan pakaian seorang muslimah. Kerana alasan itulah saya menjadi tempat rujukan sama ada pelatih lelaki mahupun perempuan.
Dalam banyak-banyak perkara, saya tertarik untuk bercerita tetang seorang sahabat yang sangat saya kasihi ini. Bernama Asiah, lahir dari keluarga yang kaya raya, ayahnya berketurunan Melayu manakala ibunya Cina muslim. Asiah seorang yang sangat bijak tetapi asas agamanya cukup tipis senipis selaput bawang kerana ibu bapanya tidak mengamalkan ajaran Islam yang sewajarnya, pendek kata Islam hanya pada nama. Walaubagaimanapun, saya cukup kagum dan bangga dengannya yang mempunyai semangat kental dalam mencari apa itu Islam. Dia mempelajari sendiri al-quran bermula dari huruf alif hingga al-Fatihah pada usianya yang sudah menjangkau 14tahun.
Saban hari selepas menunaikan solat fardhu kami menangis bersama-sama mendengar luahan hatinya yang cukup dahagakan sinar tarbiyyah Islam. Dia mengimpikan kehidupan sebagai seorang muslim yang lengkap begitu juga dengan keluarganya. Bibirnya sering mengatakan bahawa dia cukup cemburu terhadap saya yang bukan saja mempunyai pengetahuan agama yang tinggi malah berperibadi muslimah serta berpegangan agama yang kuat walaupun dicampak di tengah-tengah kemelut masalah sosial. Lantaran itu, saya sentiasa menasihatinya agar tabah hadapi ujian ini serta sentiasa pandang ke depan untuk berusaha menjadi yang lebih baik.
Sepanjang perkenalan kami, saya tidak pernah memaksa dia untuk berubah tetapi cukuplah sekadar dengan penampilan, perwatakan, dan kata-kata yang saya miliki. Walaupun saya banyak buku agama tetapi sayangnya semua itu tidak dapat membantu Asiah kerana dia kurang faham bahasa Melayu, jadi apa yang ada pada diri saya dijadikan bahan yang cukup penting dalam membimbingnya.
Seperti yang sedia maklum, jadual harian di PLKN tidak termasuk dengan solat. Andai kita leka dan tidak bertegas dengan perintah Allah itu pasti kita akan terlepas daripada menunaikan kewajipan terhadapNya. Oleh yang demikian, saya selalu mengajak Asiah solat berjemaah di surau walaupun kami berada dalam kumpulan yang berlainan. Faktor inilah menyebabkan kami begitu akrab, sehingga ada yang membuat kesimpulan di mana ada Asiah di situ ada Shuhada. Namun begitu, ada yang mempertikaikan persahabatan kami yang agak pelik dan ajaib. Ada sesetengah mereka berkata,” kenapa ya kamu boleh jadi kawan baik dengan Asiah? Sedangkan kamu begitu menjaga pergaulan, berpakaian menutup aurat dan kamu adalah ikon muslimah. Asiah pulak bert-shirt, berjeans dan memang jauh beza dengan kamu. Pelik saya....”
Sedikit sebanyak Asiah agak terasa dengan kata-kata sebegitu tetapi saya selalu mengingatinya, ”persahabatan kita bukan diukur dengan pakaian tapi ukhuwwah kita kerana Allah. Dan Syu yakin satu hari nanti Asiah ini akan berubah menjadi muslimah solehah yang menjadi penyejuk mata sesiapa saja yang memandang. Syu harap sahabatku ini pada masa hadapan bukan sahaja menjadi doktor kepada pesakit-pesakitnya malah menjadi doktor kepada masalah umat Islam”.
Saban hari saban waktu yang berlalu, dengan berbekalkan sedikit ilmu di dada yang saya ada, saya menasihati dan meniupkan semangat kepadanya bahawa dia mampu berubah menjadi muslim yang terbaik pada pandangan Allah dan juga di mata manusia. Hati dan jiwa yang rindukan sinar iman dan tarbiyyah sebenarnya cepat terusik dengan kata-kata semangat dan nasihat. Masa berlalu, 3bulan menjalani hidup di PLKN telah pun berakhir. Namun, tautan ukhuwwah antara kami tiada penghujungnya. Email dan sms menjadi penghubung antara kami. Akhirnya sahabat yang sangat ku sayangi ini nekad untuk berubah, baik dari segi penampilan, luaran dan dalamannya. Perubahannya membuatkan saya begitu kagum, daripada bert-shirt dan berjeans, sehingga hari ini Asiah begitu istiqamah dengan pakaian sahabiah, berjubah dan bertudung labuh.
Kehidupan orang beriman tidak hanya sekata dan mendatar, ia pasti akan diuji untuk melihat tahap keimanannya. Perubahan yang dilakukan Asiah membuatkan dia menerima tamparan hebat dari keluarga keturunan Cinanya. Keluarganya mempertikaikan kenapa perlu pakai begini? Kenapa mesti jadi begini? Kenapa itu? Dan kenapa ini? Asiah diterjah dengan pelbagai persoalan dan kutukan dari semua keluarga Cinanya hingga membuatkan dia seakan menyerah kalah. Tangisan dan esakannnya membuatkan semangat saya lebih membara untuk membimbingnya. Kata-kata inilah yang membuatkan Asiah terus bangkit dan tidak pedulikan lagi apa yang bakal dia hadapi.
”sahabatku... sebenarnya Asiah seribu kali jauh lebih baik dari Syu. Syu jadi begini dan berada dalam keadaan ini kerana Syu dah dilahirkan dalam keluarga yang asalnya begini dan terus mendidik Syu jadi macam ni. Apa yang Syu dapat sama ada dari segi ilmu, pendidikan , asuhan dan sebagainya, Syu disuap, disuap dan terus disuap. Tapi Asiah lain, Asiah mengenal huruf alif atas usaha Asiah sendiri, Asiah pelajari apa itu solat, Islam, menutup aurat, dan semua suruhan Allah atas titik peluh Asiah sendiri. Alangkah hebatnya kamu sahabatku, sehingga kamu boleh jadi semulia ini. Pandanglah ke depan sahabatku, sebenarnya kamu mampu pergi lebih jauh dari ini. Jangan pedulikan kata-kata orang, kerana manusia itu sifatnya tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Buktikan pada mereka yang Asiah mampu lakukan semuanya sehingga Insyaallah Syu percaya satu hari nanti pasti mama dan papa Asiah akan disinari hidayah dan iman dariNya...”
Setelah Asiah nekad untuk menjadi dirinya sendiri, Allah uji pula dia dengan kematian nenek yang sangat disayanginya. Walaupun pahit untuk ditelan, akhirnya dia tersenyum jua apabila papanya mula berubah. Ini berlaku apabila papanya sangat insaf kerana tidak pandai baca doa dan yasin untuk arwah ibu yang sangat dia sayangi. Bermula dari detik inilah papa dan mamanya mula berubah ke arah muslim sejati.
Berkat kesabaran dalam menempuhi segala mehnah dan tribulasi, sahabatku ini bukan saja berjaya mengubah dirinya, keluarganya malah dia menjadi contoh kepada semua, Asiah bukan sahaja menjadi ikon wanita muslimah dikalangan para sahabatnya malah dia adalah seorang pelajar terbaik dalam bidang perubatan di India kini. Resepinya cukup mudah, menjadikan qiamullail sebagai pembuka tirai untuk mengulangkaji pelajaran serta menjadikan solat dhuha sebagai permulaan kehidupan seharian. Begitulah rutin kehidupan wanita solehah ini.
Dalam leka mengatur cita-cita dan harapannya yang mahu berkhidmat di negara-negara yang sangat memerlukannya seperti Palastin, dia dilanda lagi masalah yang cukup berat kali ini iaitu masalah hati. Keterampilannya sahaja sudah cukup membuktikan Asiah adalah muslimah solehah. Keadaan ini membuatkan ada hati yang dilanda badai. Seorang pelajar yang sama bidang dan sekelas dengannya terpaut hati dengan wanita hebat ini. Lelaki ini bukan sahaja bertitlekan seorang pelajar perubatan tetapi dia juga seorang naqib kepada pelajar-palajar Malaysia yang berada di India serta dia juga giat menyebarkan dakwah Islam di sana. Namun, cinta tidak mengenal siapakah dia orang itu dan setinggi mana imannya. Kerana cinta Asiah tadi, lelaki ini tidak disangka-sangka sehingga berubah begitu ketara, dengan tidak menjalankan usrah, membiarkan studi terumbang-ambing, menghentikan kegiatan dakwah dan kehidupannya seolah-olah tidak terurus.
Iman wanita solehah ini begitu sakit dan kecewa dengan apa yang terjadi. Asiah beranggapan dia telah membuatkan seorang lelaki yang hebat telah lalai kerananya. Dia begitu takut dan tertekan dengan apa yang berlaku. Sebagai seorang sahabat yang cukup memahami, saya cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian dalam masalah ini. Akhirnya saya bertanya kepada Asiah, apakah dia suka dengan lelaki tersebut? Saya tidak meminta dia menjawab persoalan tersebut tetapi saya meminta dia mencari jalan dan petunjuk Yang Maha Esa (istikharah). Dalam masa yang sama saya mengambil kesempatan menasihati lelaki tersebut :
”Letaklah dia dalam jagaan Allah. Yakinlah pada Allah, nescaya kamu akan merasai ketenangan. Seandainya dia milikmu, Allah pasti akan menjaganya untukmu. Kembalilah padaNya, mintaklah petunjukNya..”
Setelah bermunajat pada Yang Maha Esa, akhirnya Asiah membuat keputusan untuk menerima si naqib tersebut, atas alasan yang utama mahu khalifah Allah itu kembali pada jalan dakwahnya.
Begitulah kisah sahabat ku yang kini pulang ke Malaysia untuk membuat persiapan perkahwinan mereka sebelum meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah di India.
“sekudus cinta”.
”Buat Salsabil Al-Khauthar”.
Begitulah catatan pada satu sampul surat yang tertulis besar nama Salsabil pada suatu pagi. Sampul surat itu dilekatkan di atas meja studi di perpustakaan yang setiap hari menjadi tempat dia menghabiskan masa di situ. Tanpa banyak berfikir dari mana datangnya, Salsabil terus membuka sampul surat tersebut untuk melihat isi di dalamnya. Isinya menyatakan:
” Awak telah membuat saya tak tentu arah... Awak kejam!!!”
Alangkah terkejutnya Salsabil dengan isi kandungan surat itu. Fikirannya ligat berfikir siapakah gerangan yang tidak berpuas hati atau berdendam dengannya. Hati kecilnya bermonolog dengan mengatakan yang dia tidak pernah ada musuh. Hari itu Salsabil tidak dapat memberi tumpuan pada ulangkaji dan tugasan yang perlu dia siapkan. Hati dan fikirannya berkecamuk memikirkan perihal itu.
Serasa tidak mampu untuk gelisah sendirian, Salsabil akhirnya menceritakan apa yang telah terjadi kepada sahabat baiknya Hafiza. Mereka berdua cuba menganalisis apa sebenarnya yang berlaku.
Setelah fikiran Salsabil agak tenang dari memikirkan tentang surat itu, dua hari kemudian datang lagi surat yang sebegitu, dengan tulisan dan ayat yang sama. Tetapi kali ini surat itu berada di dalam buku nota Salsabil. Kejadian ini lagi aneh, sehingga mereka berdua nekad ingin mencari siapakah yang terlibat dalam perkara ini.
Setelah seminggu Salsabil mendapat surat misteri itu, akhirnya segala persoalan yang timbul selama ini terjawab apabila rakan sekelas mereka, Hafiz yang cuba meletakkan surat berikutnya di dalam buku nota Salsabil terkantoi dengan Hafiza yang mengintip perbuatannya ketika itu.
Salsabil mendesak Hafiz untuk mengetahui segala yang berlaku. Hafiz serba salah dan akhirnya menceritakan juga apa yang terjadi kerana memikirkan persahabatan antara mereka.
”Aku tak tahu macam mana nak jelaskan pada kau Salsabil. Aku terhimpit antara dua sahabat, antara kau dengan Anas. Aku tak ubah diibaratkan seorang posmen untuk menghantar surat-surat tersebut kepada kau Salsabil. Ini semua rancangan Anas. Dia kawan baik aku. Aku sayang dia sebagaimana persahabatan kau dengan Hafiza, jadi sebab itulah aku turut serta terlibat dalam perancangan ini. Sebenarnya Anas dah lama sukakan kau Salsabil, tapi dia tak berani nak nyatakan perasaan itu. Takut kau marah dan menjauhkan diri darinya. Aku mintak maaf Salsabil. Kau dah tahu perkara sebenar, jadi aku rasa kau boleh selesaikan sendiri sekarang”.
Bagaikan terkena kejutan elektrik, begitulah perasaan Salsabil apabila dia mendengar pengakuan daripada Hafiz. Sama ada ingin percaya atau tidak, Salsabil keliru. Yang pasti gadis ayu bertudung labuh ini tidak pernah mengenali mana-mana lelaki melainkan pelajar-pelajar sekelas dengannya.
Salsabil cuba merisik berkenaan Anas daripada sahabat-sahabat muslimat. Ternyata Anas bukan calang-calang pelajar, dia sangat dikenali oleh hampir semua warga kolej tempat mereka menuntut. Maklumat dari sahabat-sahabat mengatakan Anas adalah pelajar terbaik kolej itu dan hampir semua sahabat yang Salsabil tanya mengenai Anas mengatakan dia digilai ramai pelajar perempuan kerana ketampanannya.
Suatu hari, sedang Salsabil leka membaca buku ”La Tahzan” di perpustakaan tiba-tiba ada suara menyapanya. Terkejut bukan kepalang apabila orang menegur itu memperkenalkan dirinya sebagai Anas dan dia mengakui segala surat yang dia hantar melalui Hafiz. Ternyata Hafiz tidak bohong, ceritanya sama seperti apa yang Anas perkatakan.
Memang sudah sifat Salsabil, seorang yang lebih suka memandang dan membisu sahaja dalam apa jua keadaan. Penat sudah Anas mengatur kata-kata, namun Salsabil tetap juga membatu tanpa menjawab sepatah pun percakapan Anas. Leka mereka begitu tanpa disedari ada mata yang kurang senang memandang kelakuan mereka.
Bagaikan gelora melanda pelayaran, begitulah kehidupan Salsabil yang diuji Yang Maha Esa dengan khabar angin tentang hubungannya dengan pelajar terbaik kolej itu, Anas. Setiap gerak geri pergerakan Salsabil akan ada mulut-mulut bisa yang membicarakan tentangnya dan Anas.
Tautan ukhuwwah yang terbina sedikit sebanyak mengguris hati Hafiz terhadap apa yang melanda Salsabil. Hafiz sedih melihat Salsabil yang terluka dek setiap kata-kata orang berkaitan sahabat baiknya. Terhimpit antara dua sahabat, bagaikan diluah mati emak ditelan mati bapak, itulah keadaan Hafiz yang berada ditengah-tengah kemelut masalah antara Salsabil dengan Anas.
Hati mana tidak resah gelisah bila mana melihat orang yang disayangi saban hari menangis kecewa dek kerana cakap-cakap orang tentang hubungan yang tidak betul itu. Akhirnya, Anas mengambil keputusan untuk bertemu dengan Salsabil untuk meminta maaf atas segala yang berlaku. Anas sangat kesal atas apa yang berlaku. Dia sendiri tidak menyangka Salsabil akan menanggung semua ini.
”Ukhti, maafkan ana atas segala masalah yang dihadapi ini. Ana harap apa yang berlaku ini tidak akan menghalang untuk kita bersahabat”, kata Anas ketika bersemuka dengan Salsabil.
Gadis yang sopan dengan pakaian sahabiah ini tidak terus mendiamkan diri setelah banyak air mata yang mengalir kerana badai fitnah dan gosip menerjah hidupnya. Bibir kemerahan itu akhirnya meluahkan rasa. ”Ana milik Allah, mintaklah padaNya. Satu perkara yang ana nak ingatkan, sia-sia perasaan seorang lelaki pada seorang wanita seandainya dia masih belum mampu untuk memikul tanggungjawab. Teguhkan cinta mu padaNya sebelum mendamba cinta hambaNya. Maafkan ana, diri ini masih belum bersedia untuk semua ini, carilah yang selayaknya untuk enta”.
Alhamdulillah, ternyata kata-kata Salsabil sedikit sebanyak terkesan pada hati pemuda ini. Anas yang dahulunya lupa akan tanggungjawabnya sebagai pemimpin pelajar, telah menjalankan amanah itu dengan sebaik mungkin. Dari hari ke hari dia seolah-olah cuba mengubah tabiat hidupnya daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Anas berusaha berjemaah lima waktu di masjid, menjalankan amanah usrah seperti yang dijadualkan serta cuba berjinak-jinak dengan naqib-naqib yang menganjurkan qiamullail setiap hujung minggu. Pendek kata, kehidupan Anas sudah lengkap sebagai pelajar terbaik dan juga muslim sejati. Benarlah kata orang, cinta mampu mengubah seseorang, cinta menjadikan orang sihat bertukar sakit, kaca dilihat bagai permata, buruk dikaburi baik dan sehingga sampai kepada ungkapan,
”Kalaw roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa daku dirikan,
Kalaw sungguh bagai dikata,
Nyawa dibadan ku serahkan”.
Setenang air dilaut tatkala dipandang, namun tak siapa tahu badai dan ombak senantiasa melanda dan menghakis. Itulah bandingan yang sesuai dengan diri Salsabil Al-Khauthar yang luarannya tampak tenang namun gelora dalamannya tak siapa yang tahu. Muslimah sebaik Salsabil sudah tentu akan terjentik perasaan bersalah atas apa yang terjadi. Menangis kecewa hati wanita solehah ini, takut-takut dia dihukum Allah dek kerana telah melalaikan dan menjadi bahan godaan kepada seorang lelaki. Kecewanya belum pun sembuh datang pula luka lain yang menghiris.
Asyik dengan hobinya yang suka mencoret cerpen dan sajak, tiba-tiba dia dikejutkan dengan tepukan kuat dibahunya. Aduh! Kuatnya tepukan itu seperti mahu ajak bergaduh. Anehnya orang yang menepuknya itu tidak dia dikenali dan dia menyangka perempuan itu tersalah orang tetapi orang itu mengenalinya. Akhirnya kekusutan dijiwanya terungkai apabila perempuan tersebut memulakan bicara.
”Heyyy! Perempuan... nampak jer baik tapi hati busuk. Selama ini aku terpedaya dengan kata-kata orang yang cakap kau ni baik, solehah la konon-kononnya. Harap pakaian jer bagus tapi dalamnya sifar. Sedar diri sekit sebelum nak rampas pakwe aku. Anas dengan aku dah lama couple, dia sayang aku, kau tau tak. Aku nak kau jauhkan diri dari Anas”.
Sinis kata-kata Diya yang datang mengaku Anas adalah teman lelakinya. Salsabil bermonolog sendiri, ”kau silap Diya! Kau sangka aku akan takut dengan kata-kata kau tapi sekelumit perasaan pun aku tak pernah ada pada Anas!”.
Seminggu kemudian Salsabil mendapat berita Anas dan Diya ditangkap oleh penyelia kolej di sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan. Oleh kerana status Anas sebagai pelajar terbaik dan pemimpin pelajar, perkara ini dirahsiakan dari umum. Tambahan pula banyak pihak yang tidak percaya Anas berkelakuan sebegitu. Anas pula ada menjelaskan perkara sebenar kepada kakitangan kolej supaya mereka tidak meraguinya dan menyatakan perasaan sebenarnya pada gadis bernama Salsabil Al-Khauthar bukannya orang lain.
Untuk kali kedua Salsabil bersua muka dengan Anas. Ini pun kerana memikirkan persahabatannya dengan Hafiz dan Hafiza. Kalau tidak jangan harap dia mahu hendak mengadap muka lelaki itu. Menurut dua sahabatnya itu, hanya dia sahaja yang mampu menolong Anas. Fikiran Salsabil ligat berputar apa lagi akan berlaku selepas ini. Tapi Salsabil nekad, kali ini langkahnya adalah langkah dakwah.
Akhirnya fahamlah Salsabila akan keadaan sebenar tentang Diya dan juga berkaitan berita penangkapan Anas dengan Diya. Melalui cerita yang Anas sampaikan....
”saya kenal rapat dengan Diya tu. Dia satu kampung dan satu sekolah dengan saya dulu. Kehidupan dia penuh dengan sosial dan pergaulan bebas. Tapi dulu dia agak ok dan pendiam. Dia jadi macam tu sebab tekanan atas masalah keluarga. Mak dengan ayahnya dah lama bercerai, kakaknya pula kahwin lari dengan pakwenya, abangnya pula menghilangkan diri sampai sekarang. Dulu masa mak ayahnya selalu bergaduh, dia yang jadi mangsa untuk dilepaskan segala kemarahan dan kebencian oleh pasangan suami isteri itu. Sekarang, kakaknya balik kampung tinggal dengan maknya. Kakaknya menjadikan maknya bagaikan seorang hamba, basuh pakaian, memasak, kemas rumah dan segala macam keperluan harian perlu maknya sediakan untuk kakaknya bersama suaminya. Kerana kebencian dan dendam, dia tak pernah pulang ke kampung. Dia ramai kawan lelaki dan sudah banyak kali bercinta. Dia pernah cerita pada saya yang dia sangat sayangkan seorang lelaki ni, namanya Daniel. Kerana terlalu sayang dan cinta, dia sanggup buat apa sahaja malah mereka pernah berzina. Kalau tak silap saya dah lebih dari tiga kali. Diya cakap setiap kali Daniel mahukan dirinya mesti dia akan berjanji akan mengahwini Diya. Tapi kali ini perkara buruk yang tanpa Diya sangka terjadi. Bulan lepas Diya ada jumpa saya, mengadu Daniel telah tinggalkan dia dan tak nak dia lagi. Lebih mengejutkan dia cakap dia dah mengandung 2bulan. Dan penangkapan saya dengan dia 3hari lepas adalah perangkapnya. Diya sukakan saya dan memujuk saya berkahwin dengannya serta berjanji dia akan bertaubat. Alasannya sangat mudah, kalau saya berkahwin dengan dia, dia akan bertaubat. Saya cukup marah dengan idea dia yang gila tu dan sebagai caranya untuk dia selesai masalah, dia perangkap saya pada malam tu”.
Manusia sehebat Rasulullah pun diuji Allah dalam berdakwah, inikan pula insan sekerdil Salsabil. Dia cuba mendekati Diya, namun pelbagai mehnah dan tribulasi dia terima. Saban hari Salsabil terima kutukan, maki hamun dan sumpah seranah dari Diya apabila dia cuba dekati. Disebabkan cintanya pada dakwah sangat utuh, semua itu dia anggap sebagai rencah kehidupan. Sekeras-keras kerak nasi, lama kelamaan pasti lembut. Kelembutan dan kesabaran Salsabil membuatkan hati Diya tersentuh, akhirnya Diya menyambut salam ukhuwwah dari Salsabil.
Setiap masa lapang yang ada Salsabil cuba dampingi Diya. Setiap patah perkataan yang dituturkan Salsabil penuh dengan nasihat yang berhikmah. Hari ke hari hubungan mereka semakin erat sehingga pakaian Salsabil itulah pakaian Diya. Kesabaran gadis yang mendamba cinta dakwah ini akhirnya memberi kesan kepada Diya yang dahulunya berpakaian menjolok mata kemudiannya bertukar sopan dan mengikut syariat. Salsabil tidak pernah memandang rendah atau memandang hina kepada Diya walaupun setelah apa yang Diya lakukan. Malah Salsabil menjadikan Diya sebahagian dari hidupnya. Dia memperkenalkan Diya dengan keluarganya, kawan-kawannya serta dengan semua kenalannya. Ini menyebabkan Diya merasa dihargai dan mudah menerima nasihat Salsabil.
Tiba masa Salsabil perlu menumpukan perhatian pada pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir. Atas perbincangan dan nasihat, akhirnya Diya bersetuju pergi ke tempat pemulihan untuk membaiki dirinya yang tercicir dari landasan sebagai muslimah serta untuk persediaan menunggu kelahiran anak tak berbapa yang dikandungnya.
Dan kini, Anas sedang sibuk dengan pelajarannya untuk merangkul gelaran doktor pakar bedah. Diya pula sudah berkahwin dan kini menjadi salah seorang petugas di rumah pelindungan yang pernah dia huni suatu ketika dahulu.
Allahamdulillah, Salsabil pula sangat bersyukur misi dakwahnya tercapai. Dia berjaya mengalihkan pandangan seorang lelaki daripada cintanya kepada cintaNya. Lantaran itu, kehebatan strategi dakwahnya menyerlah apabila berjaya menarik kaum sejenisnya daripada terus menerus berada dilembah kebinasaan. Itulah kisah gadis yang mendambakan cintanya hanya pada dakwah.
Tuesday, August 4, 2009
"YaNG BeRGeLaR WaNiTa"
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
JIKA...
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah bahawa anda bukanlah isteri yang pertama
yang bakal dinikahinya
ATAU
insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal suamimu!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya
kerana isteri yang pertama baginya
ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam
dan memperjuangkan islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari suamimu…
Bantulah isterimu atau suamimu
dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!
CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA - Menyedarkan Anak gadis Dengan Peranan Kewanitaannya -
Wanita adalah saudara kandung lelaki. Kaum wanita mempunyai peranan agung dalam membangunkan umat yang besar ini. Jika ada ungkapan, ”Ada Wanita Di Sebalik Semua Ynag Luar Biasa”, itu tidak berlebihan. Sebab kaum wanita memang kerap memainkan peranan penting dan merekalah yang melahirkan lelaki pejuang yang boleh membnagkitkan umatnya. Oleh itu, Imam Hassan Al-Banna sangat memperhatikan kaum wanita. Dia sangat memelihara pendidikan anak gadisnya supaya mereka boleh menjalankan peranan mereka untuk membangunkan kaum wanita yang lainnya. Sebagaimana yang di ungkapkan oleh Tsana, salah seorang anak perempuan Imam Hassan Al-Banna yang kini bertugas sebagai pensyarah ilmu pengurusan pemakanan di Universiti Kerajaan Arab Saudi, ayahnya sangat yakin akan peri pentingnya memdidik kaum wanita dan pengajaran untuk wanita harus sesuai dengan sifat kewanitaannya.