Cinta… begitulah sinonimnya dengan remaja… perkataan ini sudah dianggap bagaikan isi dengan kuku dengan reality kehidupan remaja sekarang. Setiap remaja pasti mengalami jatuh cinta dalam hidupnya. Kalau tidak banyak pun mungkin sekali. Begitulah juga dengan Salsabil al-Khauthar. Nama ini seringkali menjadi buah mulut lelaki setiap kali atau setiap tempat yang disinggahinya. Seorang perempuan yang lembut bagaikan tiupan angin dan sangat mulia pekerti akhlaknya bagaikan bintang-bintang di angkasa cantik dipandang tiada jemu. Dialah ratu hati, wanita solehah idaman para muslimin. Sejak kecil Salsabil dibelai dan dimanja dalam asuhan dan didikan Islam. Dialah juga permata hati kedua ibu bapanya yang menjadi puteri tunggal dalam keluarga itu.
Pesanan abangnya bahawa dialah pengubat segala racun, dan berharap dia menjadi wanita solehah yang setiap langkahnya akan mengharumkan nama keluarga kerana budi pekerti dan akhlak yang ada pada dirinya sentiasa tersemat di hati dan fikirannya. Kerana itulah dia sentiasa berdoa agar dirinya terhindar dari fitnah dan bahana dunia.
Kerana akhlak, iman dan amal Salsabil menjadi kegilaan lelaki-lelaki yang mengenalinya. Tetapi berkat asuhan tarbiyyah Islamiah yang di tanam dalam dirinya, Salsabil tak bisa goyah dengan semua itu walau sedikit pun. Jangankan nak menerima sapaan dan salam perkenalan lelaki-lelaki itu malah sebelah mata pun dia tidak terasa untuk memandang. Baginya keegoan dapat memelihara imannya biar pun ramai di kalangan sahabat-sahabatnya yang menasihati supaya jangan terlalu ego dan
Dipendekkan cerita, akhirnya Salsabil Al-Khauthar terpaksa akur dengan kewibawaan jeneral syaitan yang terlalu berkuasa. Ditakdirkan Allah, Salsabil akhirnya jatuh cinta. Bila Allah mahu menguji, masanya tak perlu ditunggu dinanti, begitulah hakikat hidup Salsabil Al-Khauthar, Allah datangkan kepadanya berupa seorang lelaki, seorang muslimin yang cukup alim, beriman, soleh dan dalam erti kata lain sempurna segalanya… begitulah kata-kata yang mengatakan betapa tinggi mana pun iman seseorang itu pun akhirnya akan jatuh sehina rumput hanya kerana CINTA MANUSIA. Lelaki bertuah yang berjaya mengetuk pintu hati muslimah solehah ini diberi nama Umar Al-Farouq.
UMAR AL-FAROUQ, sesedap nama didengar, setampan orangnya bila dipandang. Pemuda beriman ini sering menjadikan masjid sebagai tempat mengisi masa lapangnya. Hatinya sentiasa terpaut dan terikat dengan rumah Allah setiap kali kakinya melangkah keluar dari pondok kediamannya yang tersergam indah hinggalah dia pulang kembali.
Pertemuan yang tidak dijangka dan tidak dirancang akhirnya menjadikan Umar Al-Farouq dan Salsabil Al-Khauthar saling mengenali. Kerana tarbiyyah dan khaufillah (takutkan Allah), mereka menganggap perkenalan itu bukan sahaja tidak bermakna malah masing-masing antara mereka tidak mengingati nama antara sama lain.
Umar Al-Farouq adalah satu nama yang tidak asing lagi di kalangan muslimat di Kolej Medik Wal-Quran bukan sahaja kerana pemimpin agung pelajar-pelajar di situ malah terkenal kerana bibirnya yang merah kerana dibasahi kalamullah yang setiap saat dan ketika diucapnya setiap kali kekosongan. Fitrah manusia semuanya menginginkan pasangan yang sempurna dari semua aspek. Betapa tinggi impian para muslimat di kolej itu, hampir semuanya mendambakan UMAR AL-FAROUQ terus setia menjadi pemimpin tunggal diri masing-masing iaitu SUAMI.
Setiap putik bunga pasti akan berkembang, begitulah juga dengan bunga yang bernama Salsabil Al-Khauthar ini semakin hari semakin berkembang dimulut-mulut para muslimin di seluruh pelosok Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Boleh dikatakan setiap muslimin silih berganti bersiulan menyebut nama ini. Semuanya tak lain tak bukan untuk menjadikan suri dalam hidup masing-masing. Tapi apakan daya mereka, iman dan ego muslimat solehah ini membatasi dan membentengi mereka dari mengetuk pintu hati Salsabil Al-Khauthar. Semuanya terpaksa akur yang bunga ini hanya mampu dipandang bukan digenggam…
Dipendekkan cerita dua orang hamba Allah ini di uji dengan ujian yang cukup besar dan berat. Tanpa diketahui kedua-dua mereka di uji dengan ujian yang sama iaitu mereka digosip dan difitnah telah menjalinkan hubungan cinta dengan presiden bagi Salsabil Al-Khauthar dan bagi Umar Al-Farouq pula digosip dan difitnah menjalinkan hubungan cinta dengan naib presiden di tempat belajar masing-masing… dari sini terdetiklah di hati mereka berdua untuk istikharah tentang apa yang menimpa diri mereka. Di saat mata-mata lain tengah lena di ulit mimpi, dua pasang mata hamba Allah ini menangis dan merintih memohon petunjuk dan pertolongan Allah. Air mata Salsabil laju membasahi pipi bagaikan air sungai di syurga yang juga bernama Salsabil. Akhirnya air mata mereka terlalu bernilai di sisi Allah, kemudian Allah paparkan pada Salsabil satu wajah yang cukup tenang dengan cahaya keimanan, wajah itu milik Umar Al-Farouq. Di saat luahan cinta pada Yang Maha Esa menggunung tinggi, Umar Al-Farouq didatangi bayangan yang ayu dengan pakaian sunnah sahabiah. Puas dia mencari wajah siapakah itu, akhirnya Allah membantunya mengingat kembali kepada pertemuan yang tidak dirancang sebelum ini.
Sebagai orang beriman, Salsabil mempercayai dan menerima semua itu tetapi hati dan perasaannya sering berkata “kenapa mesti dia?”, “kenapa dia?”, “kenapa dia?”, sehinggalah dia berputus asa untuk mencari jawapan itu tapi hati, iman dan perasaannya dapat merasakan petunjuk itu benar, dan Umar Al-Farouq itulah orangnya. Hinggalah dia berasa dirinya milik Allah, dan dia serahkan segalanya pada ALLAH. Hatinya sentiasa berbisik terimalah sesiapa sahaja ketentuan Allah kerana Allah mengetahui segalanya. Tapi dia tetap berpegang pada prinsipnya iaitu lelaki yang mendampinginya disyaratkan ahli masjid, hapal Quran dan menghidupkan malam. Itulah prinsipnya dari dulu hingga sekarang, sebab itulah dia tidak pernah berpaling pada mana-mana lelaki yang meminatinya. Tapi bagaimana dengan Umar Al-Farouq? Yang mempunyai semua sifat dan syarat yang diimpikan Salsabil Al-Khuathar. Adakah Umar Al-Farouq mampu mengetuk pintu hati muslimah yang terkunci rapi buat cinta-cinta lelaki ini?...
Entah angin apa yang mencungkil keberanian Umar Al-Farouq untuk menghubungi Salsabil Al-Khauthar untuk meluahkan dan menerangkan tentang segalanya, tentang fitnah, tentang bayangan… memberanikan diri menyatakan andai di izinkan Allah dia mahu jadikan Salsabil Al-Khauthar sebagai pemaisuri hidup dan sayap kiri perjuangannya. Akhirnya Salsabil Al-Khauthar terpaksa mebalas sapaan itu kerana orang itu pernah wujud dalam fikirannya:-
“ustaz… usahlah bimbang kerana ini semua urusan Allah. Letaklah cintaNYA paling atas. Andai kita ditakdirkan bersama, walau apa jua keadaan pun kita pasti akan disatukan, INSYAALLAH. Wanita itu fitnah bagi lelaki, seandainya anta sayang ana, jangan jadikan ana fitnah bagi diri anta. Ana milik Allah, sekiranya anta mahukan ana, mintalah pada Allah. Ingatlah… anta adalah khalifah dalam semua hal… selagi belum bersedia untuk memikul tanggungjawab, langkah mencintai wanita adalah sia-sia… semoga imanmu tidak goyah dengan dugaan ini…”
~salam mujahadah~
Hamba Allah.
Bukan kecewa, bukan sedih, bukan frust, malah Umar Al-Farouq amat bersyukur dan bangga di zaman sekarang masih ada lagi Rabiatul Adawiyyah yang cukup setia pada yang SATU. Hari-hari yang mendatang dilalui dengan pelbagai mehnah dan cabaran bagi Umar, rasa rindu, cinta, sayang sentiasa menyelubungi fikirannya tambahan lagi hati bimbang takut-takut Salsabil Al-Khauthar dikebas orang. Tetapi iman sentiasa membendungnya. Akhirnya, ternyatalah firman Allah yang selalu diucapkan oleh golongan-golongan yang bercinta iaitu perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Apabila Allah menyatukan Umar Al-Farouq yang sentiasa mendendangkan al-Quran pemanis dibibir dan Salsabil Al-Khauthar yang selalu menggenggam al-Quran pelembut di hati. Perkahwinan ini diakui sesuai sesejuk mata memandang oleh semua pihak tetapi suami isteri ini terpaksa bermujahadah dalam perasaan mereka kerana mendahului tuntutan ilmu dan dakwah Islamiah yang membuatkan mereka dipisahkan oleh jarak yang jauh mata memandang.
Pejam celik, malam siang berlalu, perkahwinan pasangan beriman ini melangkau setahun. Dugaan dan cabaran silih berganti menambahkan tautan kebahagiaan mereka. Resepinya jarak bukan penghalang, dugaan satu tarbiyyah dan mujahadah adalah segalanya… orang beriman tidak terbukti imannya kalau tidak lulus dengan ujian Yang Maha Esa. Perkhabaran gembira akhirnya menusuk ke setiap telinga yang mengenali pasangan suami isteri ini bahawa Umar Al-Farouq akan pulang ke pangkuan isterinya setelah lama mereka dipisahkan oleh jarak. Kedua-dua keluarga amat bersyukur dengan takdir Allah ini… tetapi hati yang hasad tetap tidak dapat dielakkan. Umairah, seindah nama, secantik orangnya tapi seburuk-buruk perangai. Dialah orang yang paling benci dengan penyatuan hati antara Salsabil Al-Khauthar dengan Umar Al-Farouq. Sebulan bersama datang pula badai melanda bahtera ini. Wujud pula Mei Ling yang mendamba kasih Umar Al-Farouq untuk mencari jalan kebenaran dan keesaan Yang Maha Esa… setelah liku, lurah, bukit bukau, gunung ganang mereka redahi akhirnya hati seorang isteri menyerah juga dalam rela dan terpaksa.
“apakan daya cintaku pada Allah mengatasi segalanya… dari dulu lagi dirimu mengajar supaya mengutamakan Allah dalam segala hal… telah Khauthar putuskan abanglah mujahid dan khalifah fil Islam… terimalah dia, bawalah dia ke jalan yang lurus, bimbinglah dia sebagaimana zauji mahu Khauthar menjadi seperti Rabiatul Adawiyyah… sebagai isteri saya merestui segalanya…”
Air mata lelaki milik Umar Al-Farouq bercucuran apabila membaca
Dipendekkan cerita, semua ini berlalu selama setahun, kemudian segalanya berakhir bila Maisarah akhirnya meniggal dunia dalam pelukan Salsabil kerana kenser otak. Rahmat dan kasih sayang Allah terus memayungi pasangan beriman ini. Dalam suka,duka mengharungi liku kehidupan Salsabil disahkan mengandung sebaik sahaja pulang dari menunaikan haji bersama suaminya… Kehidupan mereka semakin ceria dengan perkhabaran itu. Namun, mereka tidak pernah lupa bahawa inilah kebijaksanaan perancangan Allah. Quran, Qiam dan Zikir tidak pernah mereka lupakan sebagai acuan buat zuriat mereka. Kebijaksanaan suami menjadi nakhoda dan kesetiaan isteri memberi sokongan membuatkan bahtera ini dapat belayar dengan arus keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Jika redha Allah dalam genggaman maka redha manusia pasti dah comfirm. Begitulah juga dengan Salsabil Al-Khauthar andai manusia sekelilingnya begitu menghormati dan menyayangi kerana peribadinya maka sudah pasti Allah lebih dari itu. Dalam perjuangan melahirkan zuriat mereka, Umar Al-Farouq setia disisi isterinya. Dalam jihad ini Salsabil Al-Khauthar berjaya dengan cemerlang melahirkan sepasang kembar sehingga menaikkan takhtanya sebagai syuhada’ walaupun kecil… Keredhaan pemergian isteri tersayang menenangkan riak wajah Umar Al-Farouq, baginya sayangnya pada Salsabil Al-Khuathar tidak mampu ditandingi dengan sayang Allah pada isterinya itu. Itulah pinjaman sementara dari Allah dan diganti pula dengan pasangan kembar mereka yang bakal menaikkan martabat Islam suatu hari nanti.
NUKILAN, ~shuhada~
Nilam puri 06
No comments:
Post a Comment