Saturday, July 18, 2009

fitrah atau fitnah

Fitnah yang paling besar

Itulah dia fitnah wanita

Sekelip pandangan mata

Lelaki tersungkur dek kerana wanita

Fitrah permulaannya

Adam kesunyian tak berteman

Hadir Hawa sebagai penyeri

Dek kerana syaitan durjana

Adam di hukum angkara pujukan si Hawa

Kini ku sedar bahawa antara Adam dan Hawa

Tiada siapa yang silap

Tapi akibat perasaan

Keduanya tersungkur

Hari ini tempat ku seperti Hawa

Menjadi fitnah kepada seorang Adam

Hadir ku dengan keyakinan yang gah tanpa di kenali

Tapi semua itu suatu ketika dulu

Kini aku di sebut-sebut, di canang merata

Bukan kerana hebatnya iman ku

Tapi kerana cinta sang Adam

Hinanya aku ya Allah...

Aku di ingati bukan kerana akhlak yang indah

Aku di kenang bukan kerana peribadi mulia

Aku di kenali bukan kerana muslimah solehah

Namun...

Aku kini berdiri sebagai penggugat iman sang Adam

Aku kini berdiri sebagai penggoyah semangat jihad sang Adam

Ya Allah... kejinya aku

Sehingga pesanan Rasul itu terpalit pada diri ku

Ku kecewa kerana ku tak pasti

Bagaimana diri ku pada pandangan mu

Kini aku lemah, hilang segala keyakinan

Hilang segalanya...

Aku bimbang dalam diam tanpa di sedari

Diri ku pemikat dan penggoda hati sang Adam

Aku takut semua ini pembawa neraka

Ah!! Dek kerana CINTA HINA ini

Dua insan ke lembah binasa

Tapi ya Allah...

Aku masih yakin

Pertolongan Mu bakal tiba

Walau hati ini bagai kaca terhempas

Namun...

Aku masih setia menunggu Mu

Ya Allah...

No comments:

Post a Comment