Friday, November 6, 2009

##Jenis penuntut ilmu##

Penuntut ilmu terbahagi kepada 3 golongan, maka kenalilah perwatakan mereka:

* Golongan yang mencari ilmu untuk menyebarkan kebodohan mereka dan perselisihan.

* Golongan yang mencari ilmu untuk mendapatkan kedudukan.

* Golongan yang menuntut ilmu untuk meningkatkan kefahaman dan kekuatan akal.

Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 1.

* Mereka sering mewujudkan perselisihan pendapat (penipuan tentang keterangan al-Quran)

* Mereka tampil dan memberikan pendapat dalam pelbagai forum/diskusi untuk meramaikan perperbicaraan tentang sesuatu ilmu dan bersifat kesaban (penampilan yang tenang dan khusyuk mendengar sesuatu).

* Sering menggunakan pakaian yang memperlihatkan kekhusyukkan walaupun tidak pernah memiliki kewarakan (bersungguh dalam menjaga agama).

Þ Kesannya Allah menutup hidung dan memotong pinggang mereka.

Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 2.

* Mereka mencari ilmu untuk melaksanakan penipuan(sifat yang di tunjukkan dengan pelbagai watak yang menimbulkan kehancuran seperti suka berselisih pendapat dan sebagainya).

* Suka berpura-pura dan mengampu.

* Bersikap menguasai orang yang sama setaraf tetapi merendah diri kepada orang-orang kaya.

* Berada bersama dengan orang kaya dengan menghancurkan agama.

Þ Kesannya Allah membutakan penglihatan mereka dan menghapuskan jejak mereka di kalangan khazanah orang-orang berilmu.

Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 3.

* Menuntut ilmu untuk meningkatkan pemahaman dan kekuatan akal.

* Mereka sering berduka cita dan berjaga pada waktu malam.

* Beramal dalam ketakutan.

* Merasa malu dan berdoa dengan penuh pengharapan.

* Mengetahui tentang kehidupan masyarakat (bersifat dinamis).

Þ Kesannya Allah memperkuatkan kedudukan mereka dan mengampuni mereka pada hari kiamat.

Monday, November 2, 2009

.::TauTan HaTi::.





Begitu pantas syawal berlalu pergi, apatah lagi ramadhan yang barakah telah lama meninggalkan kita… tapi apa pun dalam kesibukan kami menjalankan tugas sebagai mahasiswa yang bergelar da’ie sempat juga akhirnya beraya bersama sahabat-sahabat seperjuangan serta ayah bonda kami di Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Uni. Malaya. Alhamdulillah, kami berjaya menyatukan lapisan generasi keluarga dakwah kami dari junior tahun 1 Sarjana Muda hingga the super dupper senior sampai pHD pengkhususan dakwah. Sambutan raya ini serentak dengan Majlis Perpisahan Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Ayahnda Prof. Madya Mohamad Kamil Abd. Majid.

Sungguh terharu kalam perpisahan dari ayhnda Us. Kamil, “ana sebut pada anak-anak ana di rumah dalam gurauan, tak mengapalah kalau kamu semua nanti tak mendoakan ana selepas ana tiada, kerana kat Api tu masih ramai lagi anak-anak ana”. Masyaallah, terharu kami… begitulah akrabnya hubungan kami pelajar jab. Dakwah dengan us. Kamil hingga dia cakap kalau mintak sesuatu tak ada yang mengatakan “la’ “, semuanya akan jadi “na’am”. Alhamdulillah.. tautan hati yang sangat hebat




secebis pesanan dari ayhnda Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd Zin,

menjadikan kami semua terdiam, ringkas tapi padat.. ”jadikan diri kita sangat berguna, sangat diperlukan hingga apabila kita tiada, orang meraskan satu kehilangan dan kerugian yang sangat besar”.


Dengan dua ucapan dari ”orang lama” dalam dakwah menjadikan majlis begitu lengkap. Kesimpulannya, tautan hati dalam dakwah itu amat penting, keberkesanan dakwah itu bermula dari jentera dakwah itu sendiri. Seandainya jentera mempunyai masalah, jangan salahkan mad’u kalau dakwah yang disampaikan tidak berkesan dihati mereka. Akhirnya, jadikanlah dakwah itu sebagai satu amanah buat diri kita, nescaya kita tidak akan rasa terbeban dalam melaksanakannya malah akhirnya tanpa kita sedari kejayaan mengiringi kita.

Akhirnya, salam perjuangan buat sahabat2 semua dalam menempuhi final exam dan selamat berjihad serta salam lambaian bayu tuk sahabat2 yang bertungkus-lumus membuat persiapan program Kembara Da’ie Ke Sabah bermula pada 21nov2009 ini. Memetik kata us. Kamil, da’ie perlu tumbuh di mana saja dia di campakkan.



Saturday, October 31, 2009

PUNCA BERLAKUNYA PERTEMBUNGAN FAHAMAN SEKULARISME TERHADAP UMAT ISLAM

Kuasa Agensi Agama di Salahgunakan

Di dalam negara umat Islam pula Agensi Agama yang telah dipolitikkan oleh golongan tertentu telah menjadi penghalang kepada berkembangnya kefahaman agama yang syumul dan beristiqamah. Badan-badan berkanun dan agensi-agensi pentadbiran agama digunakan untuk menghalang penyampaian agama dalam bentuknya yang merangkum kesedaran politik dan usaha reformasi umat. Dalam masa yang sama pihak berkuasa menghadkan kuasa agama dalam bidang tertentu sahaja supaya mereka mempunyai kuasa yang amat terbatas dan sukar untuk melaksanakan sesuatu tuntutan syariat.

Taraf Hidup yang Miskin

Taraf hidup masyarakat Islam yang rendah menyebabkan mereka mudah diperkotak-katikkan dan dipergunakan untuk kepentingan penjajah asing atau agen-agen mereka yang melanjutkan pegangan terhadap fahaman yang salah dan keliru. Usaha-usaha memperalatkan pimpinan yang membawa kebaikan kepada barat giat dirancang bagi memastikan cengkaman ekonomi hanya dikuasai oleh Barat dan mewariskan kemiskinan dan pertelagahan kepada masyarakat jajahannya. Ini merupakan satu perancangan Yahudi dan kuasa raksaksa korporat Barat. Ekonomi negara diratah dan diperkotak-katikkan oleh penyangak mata wang antara bangsa. Manakala penyangak dalam negara pula membazirkan wang negara dalam projek mega yang mewah dan membolot kekayaan negara melalui tindakan menghisap keupayaan kewangan syarikat-syarikat awam yang diswastakan.[1]

Masyarakat Majmuk

Kepelbagaian kaum dan agama telah dijadikan alasan menyekat perlaksanaan hukum Islam kerana dikatakan hendak menghargai hak dan kebebasan beragama. Ugutan dan ancaman golongan sekular telah menakutkan orang-orang yang bukan Islam menerima penyelesaian Islam.

Kepelbagaian wadah dan wahana yang belum diselaraskan dengan berkesan

Kepelbagaian wadah gerakan Islam tidaklah mutlak buruk. Ia mungkin menambahkan lagi kerancakan dakwah di dalam negara kita. Namun pendekatan yang berbeza dan kurangnya penyelarasan mungkin membuka peluang kepada golongan tertentu untuk melaga-lagakan mereka untuk tujuan melemahkan kesan dakwah secara total. Sebab itu gejala ini adalah merupakan cabaran yang tersendiri kepada para pemimpin harakah tersebut. [2]

Kekurangan Tenaga Daie yang terlatih

Kekurangan tenaga pakar dari dunia Islam adalah hasil polisi pendidikan yang tidak sihat kesan dari penjajahan. Mereka tidak mahu melihat negara Islam lebih maju dari mereka. Sekatan terhadap para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka serta kuota yang dilaksanakan sedikit sebanyak menjejaskan mutu tenaga mahir atau pakar yang akan merencatkan pertumbuhan sesebuah negara Islam.[3]

KESAN KEMUNCULAN FAHAMAN SEKULARISME KEPADA MASYARAKAT ISLAM

Kuasa Politik yang semakin Undemocratic

Kekuasaaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik, hidup memerah dan membolot kekeyaan untuk kroni mereka, menganggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah negara kucar kacir. Institusi negara, dari kehakiman, kepolisian, penerangan, perbendahaaraan akan disalahgunakan untuk kepentingan parti. Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalist dan meterialist. Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh dari keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi. Persempadan baru dan akta pilihanraya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat dan parti lawan.

Akta dan Undang-undang Draconian

Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang prihatin. Manakala ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir dari tuhan yang maha adil. Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat. Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan negara terjebak dalam kancah kemelut kezaliman, penipuan, fitnah, lucah dan amalan politik mafia. Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah lemah dan dictator. Selagi amalan amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilabelkan sebagai negara Islam. Dalam masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan perlaksanaannya semakin berleluasa.[4]

Kepimpinan dan Pemimpin yang lemah

Kepemimpinan bukan suatu kuasa untuk berleluasa, berbuat apa sahaja menurut kehendak hati. Ia adalah suatu amanah Allah dan masyarakat yang perlu dipikul dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ia memerlukan rasa tanggungjawab yang tinggi menjaga muslihat agama, negara dan rakyat. Kepimpinan dalam Islam mesti berada dikalangan orang yang paling beriman, berilmu, bertakwa, mempunyai integriti, mampu berjihad dan layak. Kepemimpinan yang lemah dan melanggar etika dalam kepemimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dan buruk serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah.

Pendidikan Sekular

Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh penjajah kini semakin diperkasa. Aliran sekolah bahasa Inggeris yang dahulunya telah ditukar kepada aliran kebangsaan kini mahu dinobatkan semula. Semangat kemerdekaan dan keagamaan yang dahulunya diperjuang dan didaulatkan kini seolah-olah dilupakan bahkan aliran keagamaan sering dimomok dan dianggap sebagai pemacet kemajuan, penghalang pembangunan. Amalan-amalan ibadah khusus dianggap penghalang kejayaan dalam pembelajaran sains. Sebab itu kegiatan ibadah qiamullail, zikir, solat tahajud dan sebagainya diremeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu. Ibubapa yang prihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja diaggap sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan pencapaian sains.[5]

Budaya Barat yang menjadi-jadi

Akibat dari berleluasanya perkembangan alat kemunikasi dan informasi moden maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham keagamaan dalam masyarakat. Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Sebab itu gejala Black Metal menulari golongan remaja. Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram dan belum berkahwin menggempari masyarakat. Amalan khurafat kembali menjengah oleh golongan politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan.

Globalisasi

Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan media dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan Islam. Sikap negara-negara kuasa besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan "pertembungan tamadun" yang meskipun mereka nafikan tetapi sebenarnya mereka gunakan untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya.
Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat.
Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata.


[1] Ismail al-Faruqi. ( 2008 ). Islam dan Kepercayaan Lain. Kuala Lumpur:Nadzam HoldingSdn Bhd. Hlm 295

[2] Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim, Ideris Endot. ( 2000 ). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Hlm 63

[3] Ibid, Hlm 72

[4] Mohd Radhi Ibrahim. ( 2003 ). Intelektualisme & Dakwah Masa Kini. Kuala Lumpur ; Midmodal Industries Sdn Bhd. Hlm 37

[5] Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim, Ideris Endot. ( 2000 ). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Hlm 50

.::ISU-ISU MURTAD DI MALAYSIA::.

Kes Murtad Lina Joy
Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-Mei-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya, menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

Fakta kes
Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran
perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-September-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undangundang Islam.


Kes Murtad Aisyah Bukhari.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tidak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan sebegitu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri menjadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia seorang budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga sama keterampilannya dengan kakaknya. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian." Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan. Butir asal permohonan...... Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan : untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu menyatakan sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah inggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam." Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik". Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi....semua tak termasuk.


Kes Murtad Hartina Haji Kamarudin.
Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah, akhirnya datang ke rumah dalam keadaan Hindu. Haji Kamarudin seorang penjual sate di Perak. Beliau melepaskan anaknya Hartina selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan,Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek di dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, membawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir itu di tengkuk. Menggelupur dia di depan kedai tu. Kemudian, Haji Kamarudin dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu itu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina berumur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya di hadapan kedai tempat bapanya berniaga. Hartina memapapah kekasihnya dan membiarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis membuat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok di dalam lokap disebabkan report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Lebih teruk lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari.Semasa masih terlantar di hospital (akibat dipukul Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula kerana Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tidak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin bersama anaknya dan anak saudaranya ditangkap atas alasan menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Lihatlah, ini baru tiga kes murtad daripada beribu-ribu kes lagi yang kita terlepas pandang dan ini hanya kes murtad dari kalangan orang yang asal usul keturunan Islam, belum lagi kita tinjau bilangan kes-kes murtad daripada saudara-saudara baru. Zaman para sahabat perkara murtad dipandang serius sehingga golongan-golongan murtad itu diperangi, tetapi apa yang berlaku pada zaman globalisasi kita hari ini, individu selepas berumur 18 tahun bebas menentukan agama sendiri.
Inilah keadaan di mana Rasulullah mengatakan umat ku pada masa akan datang ibarat kepingan hitam di malam gelita. Dalam satu hadis yang berbentuk
futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan:
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa,satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"
"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa
itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu dengan strateginya yang memutar belitkan dan tidak cukup lagi dengan gerakan Kristian yang tidak pernah berputus asa dalam memurtadkan orang-orang Islam.

Thursday, October 29, 2009

::BERSIKAP POSITIF APABILA DI UJI::

APABIAL DI UJI, KITA BARANGKALI DITIMPA DUA SITUASI: SAMADA TAMBAH BERSEMANGAT ATAU JAHUT SEMANGAT. SYABAS KEPADA YANG MENGAMBIL KRITIKAN SECARA POSITIF. DENGAN KATA LAIN, KITA BERFIKIRAN POSITIF. INIADALAH SATU YANG SANGAT DIGALAKKAN DALAM ISLAM.

RASULULLAH SENDIRI AMAT MENYAYANGI UMATNYA YANG BERFIKIRAN POSITIF KERANA ITU MERUPAKAN CIRI-CRI MUKMIN SEJATI. RASULULLAH BERSABDA YANG BERMAKSUD: ”AMAT MENAKJUBKAN SIKAP SEORANG MUKMIN YANG SENTIASA MEMANDANG BAIK TERHADAP SEGALA SESUATU DI SEKELILINGNYA. APABILA SEORANG MUKMIN ITU BEROLEH KEBAIKAN, DIA TERUS MEMUJI DAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH. JIKA DIA DITIMPA KEBURUKAN, MAKA DIA PUN MEMUJI ALLAH DAN BERSABAR MENGHADAPINYA DAN INI PUN BAIK BAGINYA. SESEORANG MUKMIN AKAN TETAP DIBERI PAHALA ATAS SETIAP AMALAN YANG DILAKUKANNYA SEHINGGA DIBERIKAN PAHALA TERHADAP MAKANAN YANG DISUAPKAN KE DALAM MULUT ISTERINYA”. (RIWAYAT AHMAD DAN ABU DAUD).

PERKARA BAIK DAN BURUK YANG MENIMPA MANUSIA ADALAH LUMRAH. INI KERANA PERJALANAN MANUSIA DI MUKA BUMI INI TIDAK TETAP DAN SENTIASA BERUBAH. NAMUN, BAGI YANG MENGAKU DIRINYA BERIMAN, SEMUA ITU BUKANLAH SESUATU YANG HARUS DIKESALI.

ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD: ”DEMI SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MENGUJI KAMU DENGAN SEDIKIT PERASAAN TAKUT (KEPADA MUSUH) DAN (DENGAN MERASAI) KELAPARAN (DENGAN BERLAKUNYA) KEKUARANGAN DARI HARTA BENDA DAN JIWA SERTA HASIL TANAMAN. DAN BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG YANG BERSABAR, IAITU ORANG YANG APABILA MEREKA DITIMPA SESUATU KESUSAHAN, MEREKA AKAN BERKATA, ”SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH KEPUNYAAN ALLAH DAN KEPADA ALLAH JUA LAH KAMI KEMBALI”. MEREKA INI ADALAH ORANG YANG DILIMPAHI DENGAN PELBAGAI KEBAIKAN DARIPADA TUHAN SERTA RAHMATNYA DAN MEREKA ITULAH ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK HIDAYAHNYA”.

(SURAH AL-BAQARAH:155).

Wednesday, October 28, 2009

Antara keistimewaan madu lebah:

* Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat

* Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.

* Menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Boleh memberi perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit.

* Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.

* Walaupun mengandungi gula, namun gulanya mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.

* Hati orang beriman itu manis dan kerana itu suka kepada kemanisan madu.

* Ibnu Juraij ra. Pernah menyebut perkataan Imam Zuhri r.a tokoh hadith di Kota Madinah yang berkata: ”selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafazan”.

* Menutut Ibnu Qayyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi’ie): ”madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kelazatan kepada hidangan-hidangan yang lain”.

* Madu juga berperanan menghilangkan lendir dan kahak dalam dada dan kerongkong yang menyebabkan lupa. Meminum madu dengan kerap akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.

* Doktor Hamid al-Ghawabi menulis di dalam kitab Binal Tib wal Islam bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: ”sesiapa ingin menghafaz, hendaklah meminum madu. Ia adalah penyembuh penyakit jiwa (hati), kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)”.

-sumber : aniqah/ nutrisi/ ogos 2008/-

Sunday, October 4, 2009

"HaTi"

Hakikat sekeping hati

Di kurniakan dengan begitu bersih

Laksana kain putih

Lantas ia dicorakkan diri manusia itu sendiri

Sama ada lukisan nan indah

Atau....

Contengan yang menyakitkan pandangan

Realiti kini

Manusia banyak yang kufur

Dengan nikmat hati

Bak sebiji epal yang asalnya fresh

Kemudian di potong, di belah, di kupas,

Dek cinta terlarang, zina, dan segala penyakit sosial

Lantaran di bahagi-bahagikan lagi

Kepada kancah-kancah maksiat

Dan...

Ada juga dibiarkan begitu saja

Kelam dan kusam tanpa nur iman

Hingga akhirnya hati itu mati

Dan sukar tuk di hidupkan kembali

Hakikat hati

Pabila mati tak lagi ketemui jalan Tuhan

Hidayah bagaikan karut

Dunialah segalanya

Hingga maut menziarah

Jasad pula terseksa

Barulah diri tersedar

Dari lena yang panjang, mimpi nan indah

Rupanya hati ini telah lama mati

Saturday, August 8, 2009

"MITHALI MITHALIYYAH"


"SaYaNG"

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan dijabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh? " pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur.
Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg?" terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk kekantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Di bawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran westernfood, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!