Penuntut ilmu terbahagi kepada 3 golongan, maka kenalilah perwatakan mereka:
Golongan yang mencari ilmu untuk menyebarkan kebodohan mereka dan perselisihan.
Golongan yang mencari ilmu untuk mendapatkan kedudukan.
Golongan yang menuntut ilmu untuk meningkatkan kefahaman dan kekuatan akal.
Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 1.
Mereka sering mewujudkan perselisihan pendapat (penipuan tentang keterangan al-Quran)
Mereka tampil dan memberikan pendapat dalam pelbagai forum/diskusi untuk meramaikan perperbicaraan tentang sesuatu ilmu dan bersifat kesaban (penampilan yang tenang dan khusyuk mendengar sesuatu).
Sering menggunakan pakaian yang memperlihatkan kekhusyukkan walaupun tidak pernah memiliki kewarakan (bersungguh dalam menjaga agama).
Þ Kesannya Allah menutup hidung dan memotong pinggang mereka.
Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 2.
Mereka mencari ilmu untuk melaksanakan penipuan(sifat yang di tunjukkan dengan pelbagai watak yang menimbulkan kehancuran seperti suka berselisih pendapat dan sebagainya).
Suka berpura-pura dan mengampu.
Bersikap menguasai orang yang sama setaraf tetapi merendah diri kepada orang-orang kaya.
Berada bersama dengan orang kaya dengan menghancurkan agama.
Þ Kesannya Allah membutakan penglihatan mereka dan menghapuskan jejak mereka di kalangan khazanah orang-orang berilmu.
Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 3.
Menuntut ilmu untuk meningkatkan pemahaman dan kekuatan akal.
Mereka sering berduka cita dan berjaga pada waktu malam.
Beramal dalam ketakutan.
Merasa malu dan berdoa dengan penuh pengharapan.
Mengetahui tentang kehidupan masyarakat (bersifat dinamis).
Þ Kesannya Allah memperkuatkan kedudukan mereka dan mengampuni mereka pada hari kiamat.
No comments:
Post a Comment