Kuasa Agensi Agama di Salahgunakan
Di dalam negara umat Islam pula Agensi Agama yang telah dipolitikkan oleh golongan tertentu telah menjadi penghalang kepada berkembangnya kefahaman agama yang syumul dan beristiqamah. Badan-badan berkanun dan agensi-agensi pentadbiran agama digunakan untuk menghalang penyampaian agama dalam bentuknya yang merangkum kesedaran politik dan usaha reformasi umat. Dalam masa yang sama pihak berkuasa menghadkan kuasa agama dalam bidang tertentu sahaja supaya mereka mempunyai kuasa yang amat terbatas dan sukar untuk melaksanakan sesuatu tuntutan syariat.
Taraf Hidup yang Miskin
Taraf hidup masyarakat Islam yang rendah menyebabkan mereka mudah diperkotak-katikkan dan dipergunakan untuk kepentingan penjajah asing atau agen-agen mereka yang melanjutkan pegangan terhadap fahaman yang salah dan keliru. Usaha-usaha memperalatkan pimpinan yang membawa kebaikan kepada barat giat dirancang bagi memastikan cengkaman ekonomi hanya dikuasai oleh Barat dan mewariskan kemiskinan dan pertelagahan kepada masyarakat jajahannya. Ini merupakan satu perancangan Yahudi dan kuasa raksaksa korporat Barat. Ekonomi negara diratah dan diperkotak-katikkan oleh penyangak mata wang antara bangsa. Manakala penyangak dalam negara pula membazirkan wang negara dalam projek mega yang mewah dan membolot kekayaan negara melalui tindakan menghisap keupayaan kewangan syarikat-syarikat awam yang diswastakan.[1]
Masyarakat Majmuk
Kepelbagaian kaum dan agama telah dijadikan alasan menyekat perlaksanaan hukum Islam kerana dikatakan hendak menghargai hak dan kebebasan beragama. Ugutan dan ancaman golongan sekular telah menakutkan orang-orang yang bukan Islam menerima penyelesaian Islam.
Kepelbagaian wadah dan wahana yang belum diselaraskan dengan berkesan
Kepelbagaian wadah gerakan Islam tidaklah mutlak buruk. Ia mungkin menambahkan lagi kerancakan dakwah di dalam negara kita. Namun pendekatan yang berbeza dan kurangnya penyelarasan mungkin membuka peluang kepada golongan tertentu untuk melaga-lagakan mereka untuk tujuan melemahkan kesan dakwah secara total. Sebab itu gejala ini adalah merupakan cabaran yang tersendiri kepada para pemimpin harakah tersebut. [2]
Kekurangan Tenaga Daie yang terlatih
Kekurangan tenaga pakar dari dunia Islam adalah hasil polisi pendidikan yang tidak sihat kesan dari penjajahan. Mereka tidak mahu melihat negara Islam lebih maju dari mereka. Sekatan terhadap para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka serta kuota yang dilaksanakan sedikit sebanyak menjejaskan mutu tenaga mahir atau pakar yang akan merencatkan pertumbuhan sesebuah negara Islam.[3]
KESAN KEMUNCULAN FAHAMAN SEKULARISME KEPADA MASYARAKAT ISLAM
Kuasa Politik yang semakin Undemocratic
Kekuasaaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik, hidup memerah dan membolot kekeyaan untuk kroni mereka, menganggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah negara kucar kacir. Institusi negara, dari kehakiman, kepolisian, penerangan, perbendahaaraan akan disalahgunakan untuk kepentingan parti. Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalist dan meterialist. Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh dari keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi. Persempadan baru dan akta pilihanraya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat dan parti lawan.
Akta dan Undang-undang Draconian
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang prihatin. Manakala ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir dari tuhan yang maha adil. Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat. Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan negara terjebak dalam kancah kemelut kezaliman, penipuan, fitnah, lucah dan amalan politik mafia. Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah lemah dan dictator. Selagi amalan amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilabelkan sebagai negara Islam. Dalam masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan perlaksanaannya semakin berleluasa.[4]
Kepimpinan dan Pemimpin yang lemah
Kepemimpinan bukan suatu kuasa untuk berleluasa, berbuat apa sahaja menurut kehendak hati. Ia adalah suatu amanah Allah dan masyarakat yang perlu dipikul dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ia memerlukan rasa tanggungjawab yang tinggi menjaga muslihat agama, negara dan rakyat. Kepimpinan dalam Islam mesti berada dikalangan orang yang paling beriman, berilmu, bertakwa, mempunyai integriti, mampu berjihad dan layak. Kepemimpinan yang lemah dan melanggar etika dalam kepemimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dan buruk serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah.
Pendidikan Sekular
Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh penjajah kini semakin diperkasa. Aliran sekolah bahasa Inggeris yang dahulunya telah ditukar kepada aliran kebangsaan kini mahu dinobatkan semula. Semangat kemerdekaan dan keagamaan yang dahulunya diperjuang dan didaulatkan kini seolah-olah dilupakan bahkan aliran keagamaan sering dimomok dan dianggap sebagai pemacet kemajuan, penghalang pembangunan. Amalan-amalan ibadah khusus dianggap penghalang kejayaan dalam pembelajaran sains. Sebab itu kegiatan ibadah qiamullail, zikir, solat tahajud dan sebagainya diremeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu. Ibubapa yang prihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja diaggap sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan pencapaian sains.[5]
Budaya Barat yang menjadi-jadi
Akibat dari berleluasanya perkembangan alat kemunikasi dan informasi moden maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham keagamaan dalam masyarakat. Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Sebab itu gejala Black Metal menulari golongan remaja. Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram dan belum berkahwin menggempari masyarakat. Amalan khurafat kembali menjengah oleh golongan politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan.
Globalisasi
Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata.
[1] Ismail al-Faruqi. ( 2008 ). Islam dan Kepercayaan Lain.
[2]
[3] Ibid, Hlm 72
[4] Mohd Radhi Ibrahim. ( 2003 ). Intelektualisme & Dakwah Masa Kini.
[5]
No comments:
Post a Comment