Friday, November 6, 2009

##Jenis penuntut ilmu##

Penuntut ilmu terbahagi kepada 3 golongan, maka kenalilah perwatakan mereka:

* Golongan yang mencari ilmu untuk menyebarkan kebodohan mereka dan perselisihan.

* Golongan yang mencari ilmu untuk mendapatkan kedudukan.

* Golongan yang menuntut ilmu untuk meningkatkan kefahaman dan kekuatan akal.

Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 1.

* Mereka sering mewujudkan perselisihan pendapat (penipuan tentang keterangan al-Quran)

* Mereka tampil dan memberikan pendapat dalam pelbagai forum/diskusi untuk meramaikan perperbicaraan tentang sesuatu ilmu dan bersifat kesaban (penampilan yang tenang dan khusyuk mendengar sesuatu).

* Sering menggunakan pakaian yang memperlihatkan kekhusyukkan walaupun tidak pernah memiliki kewarakan (bersungguh dalam menjaga agama).

Þ Kesannya Allah menutup hidung dan memotong pinggang mereka.

Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 2.

* Mereka mencari ilmu untuk melaksanakan penipuan(sifat yang di tunjukkan dengan pelbagai watak yang menimbulkan kehancuran seperti suka berselisih pendapat dan sebagainya).

* Suka berpura-pura dan mengampu.

* Bersikap menguasai orang yang sama setaraf tetapi merendah diri kepada orang-orang kaya.

* Berada bersama dengan orang kaya dengan menghancurkan agama.

Þ Kesannya Allah membutakan penglihatan mereka dan menghapuskan jejak mereka di kalangan khazanah orang-orang berilmu.

Golongan yang mencari ilmu dalam bahagian 3.

* Menuntut ilmu untuk meningkatkan pemahaman dan kekuatan akal.

* Mereka sering berduka cita dan berjaga pada waktu malam.

* Beramal dalam ketakutan.

* Merasa malu dan berdoa dengan penuh pengharapan.

* Mengetahui tentang kehidupan masyarakat (bersifat dinamis).

Þ Kesannya Allah memperkuatkan kedudukan mereka dan mengampuni mereka pada hari kiamat.

Monday, November 2, 2009

.::TauTan HaTi::.





Begitu pantas syawal berlalu pergi, apatah lagi ramadhan yang barakah telah lama meninggalkan kita… tapi apa pun dalam kesibukan kami menjalankan tugas sebagai mahasiswa yang bergelar da’ie sempat juga akhirnya beraya bersama sahabat-sahabat seperjuangan serta ayah bonda kami di Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Uni. Malaya. Alhamdulillah, kami berjaya menyatukan lapisan generasi keluarga dakwah kami dari junior tahun 1 Sarjana Muda hingga the super dupper senior sampai pHD pengkhususan dakwah. Sambutan raya ini serentak dengan Majlis Perpisahan Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Ayahnda Prof. Madya Mohamad Kamil Abd. Majid.

Sungguh terharu kalam perpisahan dari ayhnda Us. Kamil, “ana sebut pada anak-anak ana di rumah dalam gurauan, tak mengapalah kalau kamu semua nanti tak mendoakan ana selepas ana tiada, kerana kat Api tu masih ramai lagi anak-anak ana”. Masyaallah, terharu kami… begitulah akrabnya hubungan kami pelajar jab. Dakwah dengan us. Kamil hingga dia cakap kalau mintak sesuatu tak ada yang mengatakan “la’ “, semuanya akan jadi “na’am”. Alhamdulillah.. tautan hati yang sangat hebat




secebis pesanan dari ayhnda Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd Zin,

menjadikan kami semua terdiam, ringkas tapi padat.. ”jadikan diri kita sangat berguna, sangat diperlukan hingga apabila kita tiada, orang meraskan satu kehilangan dan kerugian yang sangat besar”.


Dengan dua ucapan dari ”orang lama” dalam dakwah menjadikan majlis begitu lengkap. Kesimpulannya, tautan hati dalam dakwah itu amat penting, keberkesanan dakwah itu bermula dari jentera dakwah itu sendiri. Seandainya jentera mempunyai masalah, jangan salahkan mad’u kalau dakwah yang disampaikan tidak berkesan dihati mereka. Akhirnya, jadikanlah dakwah itu sebagai satu amanah buat diri kita, nescaya kita tidak akan rasa terbeban dalam melaksanakannya malah akhirnya tanpa kita sedari kejayaan mengiringi kita.

Akhirnya, salam perjuangan buat sahabat2 semua dalam menempuhi final exam dan selamat berjihad serta salam lambaian bayu tuk sahabat2 yang bertungkus-lumus membuat persiapan program Kembara Da’ie Ke Sabah bermula pada 21nov2009 ini. Memetik kata us. Kamil, da’ie perlu tumbuh di mana saja dia di campakkan.